No Picky Eater: Tambah Selera Anak Sampai Minta Nasi Berkali-kali

Bila tiba waktu makan, ibu mesti pening memikirkan si kecik yang susah nak makan dan suka pilih-pilih makanan. Ibu-ibu bagaimana? Adakah ibu-ibu menghadapi situasi yang sama?

Jika ya, kemungkinan anak ibu-ibu tergolong dalam kategori “picky eater” iaitu anak yang sangat cerewet dan suka memilih makanan tertentu sahaja. Jika yang dipilih adalah makanan berkhasiat seperti nasi dengan sayur juga lengkap dengan ayam, itu adalah yang terbaik.

Tapi, kebanyakan anak yang picky eater ni suka memilih nugget, sosej, fries dan snek. Alahai, semua yang dipilih oleh anak adalah makanan yang sama sekali tidak berkhasiat. Sebab itu lah anak-anak ni nampak kurus je. Nanti ada lah yang tegur, “Tak bagi anak cukup makan ke?” Sentap kan bila ada orang tegur anak kita macam tu. Risau pun ada memikirkan anak-anak kurus kering je belaka.


Mulai sangat ini, ibu-ibu tak perlu risau lagi. Ok ibu-ibu, senyum ye, saya akan berkongsi dengan ibu-ibu semua bagaimana nak bagi tambah selera anak sampai minta nasi berkali-kali.

Jom baca tips di bawah:

1. Make it fun

Jadikan makanan anak anda sesuatu yang menarik. Kebanyakan ibu pening memikirkan bagaimana cara menghidangkan makanan berkhasiat seperti buah dan sayur. Supaya lebih menarik minat anak untuk makan sayuran dan buahan ni, cuba hidangkan dengan sos dan potong bentuk makanan ke pelbagai bentuk yang menarik.
2. Jangan tawarkan makanan tidak berkhasiat sebagai ganjaran 

Jika anak anda melakukan apa-apa yang sepatutnya mendapat ganjaran seperti berjaya kemaskan barang mainan atau sebagainya, jangan tawarkan aikskrim, kek, coklat sebagai hadiah. Hal ini boleh menyumbang kepada anak-anak untuk mengambil makanan yang manis-manis sahaja. Gantikan makanan tersebut dengan buah-buahan, yogurt, sayur-sayuran dan sebagainya.

3. Hormati keputusan anak

Jika anak tidak lapar, jangan paksa anak makan. Juga, jangan rasuah anak (berjanji dengan anak akan belikan jajan sekiranya makan nasi) hal ini akan mengeruhkan lagi keadaan. Anak juga mungkin merasakan waktu makan adalah sesuatu yang "scary". Untuk elakkan mereka rasa terpaksa makan, hidangkan dalam portion yang kecil sahaja. 

4. Membeli-belah bersama dengan anak

Ajak anak membeli barang rumah bersama-sama dan galakkan anak membantu dalam memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain yang berkhasiat. Jangan belikan apa-apa yang kita tak nak anak kita makan. Di rumah pula, cuba galakkan anak untuk membantu membilas sayur-sayuran dan menyediakan meja makan. 
5. Jadikan makanan anak kreatif

Suka dengan makanan pelbagai warna? Apa yang saya maksudkan adalah warna semulajadi makanan, bukan warna dari bahan pewarna. 

Vincci Tsui, seorang ahli diet di Calgary menganjurkan kita makan sayur dan buah dengan kombinasi beberapa warna berikut ini : ungu, merah, putih, kuning / oranye, coklat, dan hijau. Kombinasi makanan ini sering dikenal dengan sebutan diet pelangi (Rainbow diet). 
Mengapa demikian? Pertama, tampilan warna makanan kita lebih menggiurkan. Kedua, umumnya kelompok warna makanan ini menggambarkan kandungan vitamin dan mineral yang ada di dalamnya.

6. Hapuskan gangguan

Hapuskan semua gangguan yang mampu mengganggu tumpuan anak kita untuk makan seperti tutup tv. Hal ini dapat membantu anak kita untuk fokus terhadap makanan. Iklan-iklan di tv juga dapat mempengaruhi anak kita untuk tidak mengambil makanan yang berkhasiat.

7. Jadikan diri sebagai contoh

Tunjukkan contoh makanan yang sihat kepada anak-anak. Anak-anak akan mengikut apa yang diamalkan oleh ibu bapa. Pastikan kita mengambil makanan yang berkhasiat di depan anak-anak. 
Jika anak kurang makan, maka kuranglah nutrisi dalam badan anak. Ibu-ibu jangan berlengah lagi, sila cuba tips di atas ini untuk membantu anak anda lebih berselera makan makanan yang berkhasiat.

Jika dah cuba semua tips di atas ni tapi anak asyik nak makan jajan aje, masih dengan picky eater, apa kata ibu-ibu campurkan mealshake dalam makanan seharian anak-anak. Bancuhkan dalam susu, campurkan dalam dessert atau sebagainya. 

Mealshake ni membantu membuka selera anak-anak. Vitamin untuk membantu anak susah makan. Mungkin mealshake dapat membantu ibu-ibu menyelesaikan masalah anak yang picky eater ni. Dalam masa yang sama, ibu-ibu akan asyik letih pula sebab anak minta nasi berkali-kali. 

Mealshake ini juga dapat menguatkan sistem imun anak-anak. Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat dengan cepat daripada biasa. Mealshake juga merupakan pilihan yang terbaik untuk menangani masalah sembelit pada anak-anak.
Picky Eater: Meal Shake
Tak salah untuk ibu-ibu mencuba mealshake untuk anak-anak kita. Sayanglah kan kita tak berusaha berikan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak. Kita pun tak nak anak kita membesar dengan kekurangan nutrisi. 

Harga mealshake ni adalah RM113.75. Satu botol mealshake ni boleh tahan sehingga lebih dari 4 bulan jika anak berumur bawah 7 tahun. Berbaloikan?

Tapi bulan ni lagi berbaloi sebab beli 6 botol mealshake, dapat pula free 1 botol. Jimat kan?

Ibu-ibu nak cuba berikan mealshake pada anak-anak?'


6 comments.. read them below or add one

Nanie Nanie 6 Mei 2014 8:25 PG
Alhamdulillah setakat ni anak2 KN tak susah nak makan... masak apa pun semua sedap... hehe
Mas Zull Mas Zull 6 Mei 2014 5:39 PTG
assalamualaikum ....bestnya..
sYiRa LoKMaN sYiRa LoKMaN 6 Mei 2014 8:27 PTG
hehe..kena kreatif nak tarik perhatian budak2 ni
Eellee Nana Eellee Nana 9 Mei 2014 10:33 PG
@Nanie

alhamdulillah KN, air tangan ibu, anak2 suka :)
Eellee Nana Eellee Nana 9 Mei 2014 10:33 PG
@Mas Zull

wassalam, yg part decorate2 tu best..hehe :)
Eellee Nana Eellee Nana 9 Mei 2014 10:34 PG
@sYiRa LoKMaN

yup2, betul2, bdak2 ni suka yg creative :)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.