Resepi Detox: 100% Semulajadi


Pernah tak rasa badan letih dan lesu. Timbulnya jerawat dan bintik hitam. Cepat marah dan mudah murung. Hah, inilah antara tanda-tanda toksin penuh dalam badan. Untuk atasinya, kita digalakkan untuk detox.

Apa detox ni? Detox atau nyahtoksin ialah proses membuang kekotoran atau sisa yang tidak diperlukan dari badan. Detox juga termasuklah membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Detox juga memastikan vitamin diserap dengan lebih sempurna.

Toksin dalam badan kita ni datangnya daripada makanan yang mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, karsinogen dan banyak lagi. Dalam kehidupan seharian juga, kita sering terdedah kepada persekitaran yang penuh dengan bahan kimia.


Terdapat pelbagai cara untuk melakukan detox. Salah satu yang paling utama adalah pastikan minum air kosong dengan secukupnya setiap hari. Bagaimana untuk menentukan kandungan air yang perlu diminum bergantung kepada berat badan. Formulanya cukup mudah

Berat badan x 40 = ___________ml 


Selain itu boleh juga amalkan sassy water. Resepinya seperti dibawah.

Bahan:

1. 2 biji lemon

2. 1/2 biji timun

3. 10-12 daun pudina

4. 2-3 liter air kosong

Masa penyediaan: 5 minit

Masa penyejukan: 8 jam

Boleh dapat 10-12 gelas dengan sukatan ini

Cara penyediaan:

1. Potong timun dan lemon dan letakkan ke dalam jug. Bilas daun pudina dan masukkan ke dalam. Kemudian, tambahkan air.

2. Sejukkan di dalam peti ais selama 8 jam sebelum diminum.

Dalam konsep air sassy ni, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan tertentu seperti lemon, limau, oren digunakan kerana sayur dan buah tersebut adalah agen detox semulajadi yang selamat untuk diamalkan.

Cara paling jimat adalah dengan berpuasa.


Detox boleh juga dilakukan dengan bantuan produk kesihatan seperti Herb-Lax Shaklee, DTX Complex Shaklee dan Alfalfa Shaklee.

Kebiasaannya mereka yang ingin melakukan proses diet untuk kurus memilih Herb Lax dan Alfalfa sebagai kaedah sampingan untuk detox usus dan badan.
Herb-Lax digunakan untuk membantu pembersihan usus secara semulajadi dan selamat dengan cara merangsang pengecutan otot-otot usus seterusnya membolehkan sisa-sisa yang terperangkap keluar dengan lebih cepat tanpa memerangkap toksin di dalam kolon.

Antara lain kelebihan Herb-Lax adalah ia membantu untuk mengatasi masalah sembelit teruk yang boleh mengakibatkan penyakit buasir. Ingat, usus kita hanya bekerja untuk menyerap, usus tidak tahu bahawa yang diserap itu toksin atau nutrien yang bagus. Jadi pastikan usus sentiasa baik dengan melakukan proses detox sekurang-kurangnya 2x seminggu dengan Herb-Lax.

Alfalfa pula memang dikenali sebagai agen detox yang membuang unsur mineral yang merbahaya dalam badan. Bau badan juga dapat dikawal dengan mengamalkan alfalfa. Ciri-ciri alfalfa yang membantu dalam proses pencernaan dan bersifat anti radang boleh memudahkan nyahtoksik dari badan. Selain itu, alfalfa juga bertindak seakan span yang menyerap kolestrol berlebihan dalam darah. 
 

{ 9 comments.. read them below or add one }

Azhafizah Md Nor Azhafizah Md Nor 9 Mei 2014 9:18 PTG
wah..boleh cuba ni DIY..thanks share :)
Eellee Nana Eellee Nana 10 Mei 2014 6:23 PG
@Azhafizah Md Nor

yup2, bolh cuba, senang kan? hehe, my pleasure :)
Denaihati Denaihati 10 Mei 2014 10:55 PG
menarik juga kaedah sassy water tu dan tak susah nak buat, cuma ambil masa tunggu sejuk.
muhammad hizwan muhammad hizwan 10 Mei 2014 11:21 PG
Perokok tegar boleh cuba kaedahnie.
Eellee Nana Eellee Nana 10 Mei 2014 11:32 PG
@Denaihati

betul2, minum masa sejuk sedap sgt :)
Eellee Nana Eellee Nana 10 Mei 2014 11:35 PG
@muhammad hizwan

boleh cuba utk buang toksin dlm badan

utk perokok tegar yg nk berhenti merokok, sy cadangkan try vivix, insyaallah rokok tu akan rasa pahit dan dengan sendirinya tak nak merokok
Eellee Nana Eellee Nana 10 Mei 2014 11:35 PG
@muhammad hizwan

boleh cuba utk buang toksin dlm badan

utk perokok tegar yg nk berhenti merokok, sy cadangkan try vivix, insyaallah rokok tu akan rasa pahit dan dengan sendirinya tak nak merokok
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 11 Mei 2014 1:36 PG
Wahhh...bolehlah sis cuba buat sassy water ni, dah lama nak buat detox ni tapi tak buat2 lagi

Thanks
Eellee Nana Eellee Nana 12 Mei 2014 8:48 PTG
@Hanny Abdullah

boleh cuba hanny :), rasa segar je badan

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.