5 Tips Sediakan Sarapan Yang Sihat





Rata-rata antara kita ramai yang tidak mengambil sarapan. Antara sebabnya ialah tidak biasa, tiada selera, bangun lewat, sibuk atau inginkan jalan pintas untuk kurus.
Pilihan menu untuk breakfast

Realitinya, mereka yang bersarapan didapati lebih memiliki daya tumpuan yang baik, kehidupan yang berkualiti dan jauh lebih langsing dari mereka yang tidak mengambilnya langsung. Malah, sebaik sahaja metabolism dijana pada awal pagi, selera makan pun akan lebih terkawal.

Tak percaya, cubalah bersarapan dan anda akan kagum dengan perubahan yang berlaku pada diri anda.

Berikut merupakan panduan hidangan sarapan yang baik:
  1. Elakkan daripada bersarapan dengan menu kek, coklat atau gula-gula. Jika inginkan pemanis mulut, ambillah buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C.
  2. Seperti sarapan biasa, pastikan anda mendapat semua zat yang diperlukan menerusi minuman susu, jus buah, roti atau bijirin emping jagung.
  3. Jangan sesekali mengambil minuman bergas ketika bersarapan. Dikhuatiri perut yang kosong akan dimasuki angin atau menyebabkan sakit perut.
  4. Jika menyediakan bihun goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai perendah dalam masakan. Ia juga boleh dijadikan hiasan hidangan anda sebagai ulam-ulaman.
  5. Jangan lupa untuk mengambil suplemen kesihatan semasa bersarapan. Usah jadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk mengabaikannya.
Macam mana? Senang je kan nak amalkan panduan hidangan sarapan ni.

Tak dinafikan, saya juga sangat sibuk pagi-pagi. Apa yang saya lakukan ialah saya memilih sarapan senang dan ringkas. Pagi-pagi saya amalkan bancuh Energizing Soy Protein dan juga milo. Kalau tak sempat nak minum kat umah, saya angkut minum dalam kereta. Time jem kat jalan tu, bolehlah sekejap2 minum.

Apa yang menariknya, saya akan rasa lebih bertenaga dan kenyang sehingga ke waktu lunch? Tak percaya, kita tengok apa kata kawan kita yang telah berpuas hati dengan ESP.
Alhamdulillah, ESP beri rasa kenyang dan nak buat kerja pun lebih aktif.


2 comments.. read them below or add one

sYiRa LoKMaN sYiRa LoKMaN 20 Jun 2014 10:52 PTG
selamat malam..syira singgah sini :)
MG schmidt MG schmidt 13 Ogos 2014 11:26 PG
singgah sni tgk tips bfast
susah nk bfast sbb MG xboleh makan pagi sgt
tp kalau makan sahur boleh
makan around 6-10 tu mmg payah nak telan ..huhu

singgah sni ,,salam perkenalan :)
jom join 1st GA MG ^__^

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.