Bento Telur Gelung: Resepi Sarapan Pagi 100% Mudah



Assalamualaikum dan selamat pagi :) Dah sarapan ke belum? Pagi ni saya sarapan dengan milo+esp and shake kan aje. Senang mudah dan bagi rasa kenyang lebih lama.

Untuk ibu-ibu yang ada di rumah, masak sarapan menu apa pagi ni ye? Bagi ibu-ibu yang dah jemu tak tau nak masak menu apa, boleh cuba resepi Bento Telur Gulung ini sebagai sarapan.

Untuk hidangan sarapan pagi yang lengkap, hidangkan telur gulung bersama salad segar, tomato ceri dan roti mil penuh.

Bento ialah satu bahagian makanan bungkus atau masakan rumah di Jepun. Bento tradistional terdiri daripada nasi, ikan atau daging bersama satu atau lebih jenis sayur-sayuran yang dimasak. Biasanya disusun dalam bekas berbentuk kotak.
Bento Telur Gulung

Bahan-bahan:

1. 3 biji telur
2. 10g (1 sudu teh) kepingan tuna dalam air
3. Garam dan lada sulah secukup rasa
4. Sedikit minyak sayuran

Cara memasak:

1. Campurkan semua bahan dan pukul sehingga sebati dengan menggunakan garpu atau penyepit. Jangan pukul terlalu kuat untuk mengelakkan buih.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
3. Letakkan 2-3 sudu makan penuh campuran telur ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana sehingga sedikit mengeras tetapi tidak terlalu cair. Gulung dengan menggunakan garpu atau penyepit ke bahagian hadapan kuali.
4. Letakkan lagi 2 sudu campuran telur ke dalam kuali. Ratakan ke sekeliling permukaan kuali dan angkat sedikit telur yang telah digulung supaya telur yang belum masak mengalir di bawahnya.
5. Masak sehingga lapisan tersebut hampir keras, kemudian gulung telur tersebut bersama telur yang sudah digulung ke arah bertentangan.
6. Letakkan lagi sedikit minyak dan ulangi langkah-langkah tadi sehingga semua telur habis digunakan.
7. Letakkan telur yang siap dimasak di atas pinggan dengan lipatan terakhirnya di bahagian bawah.
8. Gulung dengan ketat menggunakan tisu dapur untuk menyerap minyak berlebihan. Biarkan keseluruhan gulungan sejuk pada suhu bilik.
9. Potong menggunakan pisau tajam dan hidangkan bersama roti mil penuh dan salad segar.

Nutrisi Pemakanan untuk hidangan Bento Telur Gulung ni ialah:
Kalori : 88 kcal
Karbohodrat: 0.3 g
Protein: 5.4 g
Lemak: 7.2 g

Selamat Mencuba :)


Sumber: "Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 2: Resipi untuk Seisi Keluarga" yang diterbitkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia.


2 comments.. read them below or add one

Ema Johari Ema Johari 12 Jun 2014 2:53 PTG
sangat mudah dan paling penting boleh berdiet kan.

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.