Cantikkan Bibir Yang Gelap: 12 Petua Mudah



Ada tak di kalangan kita yang mengalami bibir yang gelap? Puas dah cuba pelbagai cara nak bibir nampak cantik tapi tak berjaya. Alahai, stress kan. Jangan stress lagi, kat sini ada 12 petua mudah dan semulajadi lagi untuk cantikkan bibir.
tips bibir cantik menawan

Apa yang penting, kena konsisten amalkan dan kena banyakkan bersabar.

Antara tipsnya ialah:

1. Madu Dan Lemon

Buat campuran madu dan jus lemon dan simpannya di dalam peti sejuk. Sapukan campuran ini ke bibir anda dan biarkan selama satu jam. Bersihkan bibir anda selepas satu jam. Amalkan petua ini selama 2 hingga 3 kali.


Kandungan limau lemon boleh mengurangkan pigmentasi. Nutrien dalam madu menyuburkan kulit dan menjadikannya lebih sihat. Madu juga membantu dalam membuat bibir anda kelihatan lebih merah jambu.

2. Gliserin

Bibir kering adalah salah satu punca bibir gelap. Gliserin boleh membantu anda untuk mengekalkan kelembapan di bibir. Sapukan pada bibir anda dan biarkan semalaman.

3. Air

Kekurangan air dan dehidrasi menyebabkan bibir gelap dan kering. Untuk mengelakkannya, minum banyak air untuk menjaga tubuh anda dan dehidrasi.

4. Elakkan Produk Bibir Memudaratkan

Elak dari menggunakan produk bibir murah dan kualiti rendah. Ia boleh merosakkan kecantikan semulajadi bibir anda dan menyebabkan pigmentasi melampau.

Tukar kepada produk bibir berunsurkan herba serta semulajadi.

Jus buah-buahan boleh digunakan untuk mengurangkan pigmentasi bibir anda.

BACA:  8 Tips Mudah Merahkan Bibir Tanpa Lipstick Merah Menyala!

5. Minyak Badam

Penggunaan minyak badam pada bibir anda untuk mengurangkan pigmentasi. Untuk hasil yang terbaik, sapu sebelum tidur.

6. Jus Timun
Jus timun adalah salah satu penawar yang terbaik untuk bibir yg gelap. Ia boleh membantu dalam mengurangkan pigmentasi dan mencerahkan warna bibir anda.

7. Lemon

Lemon bertindak sebagai agen pemutihan semulajadi. Ia digunakan secara tradisional untuk mengurangkan bintik-bintik hitam pada kulit. Anda juga boleh menggunakannya untuk merawat bibir yg gelap.

Gosok bibir dengan sekeping lemon untuk mengelupaskan bibir anda. Taburkan sedikit gula di atas limau untuk menjadikannya lebih berkesan. Amalkan selama 2 hingga 3 minggu.

Anda juga boleh meletakkan campuran jus lemon, madu dan gliserin (1/2 sudu besar setiap satu) untuk meningkatkan kecantikan bibir. Sapu dan biarkan semalaman. Amalkan tips ini sehingga anda mendapat hasil yang diharapkan.

8. Bunga Mawar

Rendam beberapa kelopak mawar dalam susu segar. Selepas satu jam hancurkan kelopak dan tambah ½ sudu besar madu. Sapukan campuran ini pada bibir anda dan biarkan selama 15 minit. Amalkan dua kali sehari.

9. Minyak Zaitun

Minyak zaitun membantu dalam melembutkan dan melembapkan bibir anda. Ia mengandungi banyak nutrien penting yang boleh membuat bibir anda cantik.

Urut bibir dengan minyak zaitun. Amalkan setiap malam.

Buat scrub bibir dengan mencampurkan gula dengan minyak zaitun. Gosok campuran ini pada bibir anda untuk menjadikannya lebih lembut.

10. Gula

Gula adalah bahan pengelupasan yang baik. Ia boleh membantu anda dalam menghapuskan sel-sel kulit mati dari bibir.

Buat campuran gula pasir (3 sudu besar) dan mentega (2 sudu besar). Gunakan ini sebagai scrub semulajadi. Amalkan sekali dalam seminggu.

Campurkan gula pasir (1 sudu besar) dengan madu (1 sudu besar) dan minyak badam (1/2 sudu besar). Gosok campuran ini pada bibir anda untuk menjadikannya lembut. Ulangi ini setiap minggu.

11. Buah Delima

Buah delima boleh membuat bibir anda merah jambu dan lembap. Ia adalah satu ubat yang terbaik bibir gelap. Ia mempunyai banyak nutrien yang membantu dalam mencantikkan bibir.

Hancurkan beberapa biji buah delima dan tambah beberapa titik air dan susu segar. Gosok bibir anda dengan campuran ini selama 2 hingga 3 minit. Bersihkan bibir dengan air suam.

Sapukan campuran jus delima dan jus lobak merah pada bibir anda. Amalkan ini setiap hari sehingga mendapat hasil yang diharapkan.

12. Madu

Madu boleh membuat bibir anda lembap dan merah jambu.

Setiap malam sapu sedikit madu pada bibir anda. Bilas pada waktu pagi dengan menggunakan air suam. Ini pasti boleh mencantikkan warna bibir anda.

Selamat mencuba!

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.