Fakta Kenapa Pentingnya Sarapan




Kepentingan untuk bersarapan andalah PENTING untuk mengekalkan tenaga dan khasiat dalam badan kita..

Bila anda? 

SEBAIK bangun daripada tidur setiap pagi, apakah yang kita harapkan? Tidakkah kita ingin bangkit daripada katil sepantas kilat, menggerakkan enjin tubuh dan menyempurnakan kerja dengan cekap dan produktif?

Roti Titab, menu sarapan popular di Kopitiam Kita, Kota Bharu.

Sarapan yang segar akan menentukan mood dan prestasi seharian. Sarapan bukan saja penting untuk tubuh menyerap nutrisi selepas lapan jam berpuasa ketika tidur, malah sarapan yang baik membolehkan minda cerdas sepanjang hari. Ingat, ‘Orang yang lapar ialah orang yang goyah!’

Apakah yang dimaksudkan dengan sarapan yang ‘baik’? Sarapan yang ‘baik’ ialah gabungan karbohidrat, protein, serat, vitamin, garam mineral dan air. Kurangkan pengambilan minyak, gula dan garam serta jangan lupa mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan.

Mengenai keperluan nutrisi untuk tubuh, karbohidrat adalah sumber tenaga utama. Karbohidrat yang dicernakan menjadi glukosa (gula darah) akan membekalkan tenaga untuk sel, tisu dan organ serta digunakan untuk tenaga fizikal. Sememangnya karbohidrat menjana kuasa seharian.

*** Jadi kenapa anda skip SARAPAN?

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.