High Protein Diet: Rahsia Untuk Kurus




Bagaimana 'high protein diet' membantu menurunkan berat badan?

Sejak kebelakangan ini, ramai yang berminat nak tahu pasal diet yang tinggi protein.

Antara contoh 'high protein diet' yang diamalkan adalah seperti Atkins, Zone, Protein Power, dan Sugar Busters.


high protein diet

So saya share sikit bagaimana 'high protein diet' ini bertindak.

Apabila kita mengurangkan pengambilan karbohidrat, badan kita akan menggunakan glycogen yang tersimpan. Lama-kelamaan sumber glycogen ini akan kehabisan.

Jadi badan kita terpaksa mencari sumber lain untuk membekalkan tenaga yang berterusan mengikut keperluan badan kita.

Akhirnya ia akan memilih lemak dan juga protein sebagai sumber tenaga. Proses ini dikenali sebagai ketosis.

Selain daripada itu kesan daripada tindakbalas sistem ini akan menyebabkan badan akan kehilangan banyak air. So tidak hairanlah kita dapat menurunkan berat badan dengan cepat dan drastik melalui diet yang tinggi protein.

Apakah kesan sampingan 'high diet protein' ini?

Kesannya kita akan berasa kenyang untuk tempoh yang panjang. Sebab protein sukar dihadam berbanding karbohidrat dan metabolisma badan juga meningkat disebabkan hal berkenaan.

Disebabkan proses penukaran protein kepada tenaga menghasilkan ketone, maka beberapa kesan sampingan yang berpunca daripada ketosis adalah seperti sakit kepala, mual muntah, perut meragam dan kerosakan buah pinggang akut (acute kidney disease).

So ok tak 'high protein diet'?

Actually, perkara ni banyak pendapat dan pandangan yang dikeluarkan oleh pengkaji-pengkaji diet. Ia ada pro & cons yang tersendiri.

Tapi bagi saya, untuk anda yang susah sangat nak turunkan berat badan atau terlalu obes, boleh sahaja gunakan diet jenis ini.

Tapi jangan terlalu lama. Cuba amalkan sebulan sahaja dan lihat hasilnya. Tidak lupa juga pantau kesan sampingan daripada diet jenis ini.

Anyway, good luck guys!

Sumber rujukkan:
Academy of Nutrition and Dietetics: "Cut Out the Fat."
American Heart Association: “High Protein Diets.”
Anderson, J. Journal of the American College of Nutrition, October 2000
National Institutes of Health: "How Much Protein Do You Need?"

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.