Power Pumping: 100% Berkesan Tambah Susu Ibu


Nak menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun adalah impian breastfeeding mommies kan?Breastfeeding mommies, perlu tahu Power Pumping tau. Power Pumping adalah salah satu Tips Tambah Susu Ibu dan alhamdulillah, 100% berkesan.

Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.


Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika ibu-ibu menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10 minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10 minit dan bertukar semula ke breast kanan 10 minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

Jika ibu-ibu menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 20 minit. Kemudian rehat atau stop pam 10 minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10 minit dan rehat semula 10 minit. Teruskan sehingga 1jam.

Selamat Mencuba :)

Selain itu, ibu-ibu juga boleh berusaha dengan amalkan Set Penyusuan Shaklee.

Walau bagaimanapun, Set Penyusuan Shaklee bukan magic tau. Makan hari ini terus memancut-mancut susu. Tujuan utama Set Penyusuan Shaklee ini adalah untuk membantu ibu-ibu mendapatkan vitamin dan mineral yang lengkap untuk kesihatan diri. Jadi badan ibu pun bertenaga dan cergas. Aktiviti penyusuan dan sesi mengepam juga dapat dilaksanakan dengan baik. Walau pun ibu-ibu tidak mendapat tidur yang cukup, itu semua bukan halangan lagi untuk tidak bermaya untuk menyusu.

Bonusnya amalkan Set Penyusuan Shaklee ini ialah susu ibu akan menjadi lebih pekat (bayi cepat kenyang) juga susu akan bertambah. 

Jangan harap makan Set Penyusuan baru sekali, susu dah membuak-buak. Kita cuma berusaha berikan yang terbaik dan seterusnya jangan lupa juga mohon Allah permudahkan urusan penyusuan sehingga genap anak berumur 2 tahun.
---------------------------------------------------------------------------------------------

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.