Puasa bagi Ibu Menyusu: 13 Tips Hebat



Alhamdulillah, Syaaban telah menjelma. Ini bermakna kita semakin menghampiri Ramadhan. Kurang dari 30 hari lagi. Rindu kan dekat Ramadhan. So, macam mana? Dah bersedia nak berpuasa?

Ibu-ibu yang pertama kali nak melalui cabaran berpuasa saat menyusukan anak nanti macam mana? Risau nak berpuasa sebab takut nanti susu terjejas dan penghasilan susu nanti kurang pada bulan puasa? Memang dalam Islam tidak memberatkan beban bagi ibu-bu hamil dan ibu-ibu menyusu dan diberi kemudahan iaitu rukhsah untuk berbuka (dengan syarat-syarat tertentu). Namun tidak salah sekiranya ibu-ibu cuba untuk berpuasa penuh.


Jom kita cuba tips untuk berpuasa bagi ibu menyusu meneruskan niat anda untuk terus dengan penyusuan ibu walaupun perlu melalui saat getir berpuasa. Mudah-mudahan Allah permudahkan niat kita untuk terus berpuasa penuh sebulan. (jika tak datang bulan la..hehe)

1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak. Pastikan juga letak air ditempat yang mudah dicapai seperti dalam bilik tidur, di ruang menonton tv supaya tak perlu bersusah payah untuk ke dapur semata-mata untuk mium air.

2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.

3) Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.

4) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.

7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.

8) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)

9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) untuk lebih tenaga dan tak lembik akibat kelaparan. 

Serbuk soya ESP ni mengandungi index glisemik yang rendah dan kaya dengan sumber protein. Ia lambat tercerna dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Serbuk soya ESP ini juga melepaskan tenaga secara perlahan-lahan. Jadi, ibu menyusu akan kekal bertenaga walaupun kena pam susu berkali-kali. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.

10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.

11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang anak dihasilkan.

12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan samada kurang menyusu terus bayi atau memerah susu.

13) Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

credit: Pa&Ma Julai '12

Jangan kita abaikan penjagaan kesihatan diri. Ini semua demi anak-anak. Anak mengharapkan susu ibu yang tak ternilai dari kita. Sayangkan jika kita tak mampu nak tunaikan hak anak.

Jika kita lemah dan asyik letih aje ketika berpuasa, nak pam susu pun tak larat. Dah nak pam pun tak larat, maka kita kuranglah nak pam nya. Bila kurang pam, maka kurang rangsangan. Bila kurang rangsangan, susu pun makin merundum. Tu yang ada kata berpuasa membuatkan susu berkurang.

Menjelang Ramadhan ni ibu-ibu perlu mempersiapkan diri. Tanamkan dalam diri kita bahawa susu tetap meriah walau pun berpuasa. Insyaallah, saya akan kongsikan serba sedikit mengenai ilmu penyusuan yang saya tahu. Rajin-rajinlah berkunjung ke sini. Lagipun research saya mengenai susu ibu. 

Ibu-ibu juga digalakkan banyak membaca dan mencari gali ilmu penyusuan dalam proses membanyakkan susu ibu terutama ketika bulan puasa nanti.

Pertimbangkan untuk mengambil supplement dalam diet seharian supaya ibu tetap kekal bertenaga walaupun berpuasa nanti dan dalam masa yang sedang pam susu. 

Cadangan supplement bagi ibu menyusu ialah ESP, Mealshakes dan Performance Drink (RM346.25).

Atau, ibu-ibu juga boleh mengambil Set 3 M (RM497.50), iaitu set khas dan set lengkap untuk ibu menyusu. 


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.