Selamat bersahur semua. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ni tak pernah lagi tinggal sahur. Anda bagaimana? Biasanya apakah menu yang anda ambil semasa sahur? Jom kongsikan di ruang komen. Kali ini saya nak kongsikan minum air buah semasa sahur. Ada tak di kalangan kita yang ambil air buah atau jus buah semasa sahur?
![]() |
watermelon juice mix with lemon |
Minum jus buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang
paling baik. Kenapa agak-agaknya? Sebabnya supaya badan kita sentiasa
bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini.
Selain itu, minum jus buah yang segar ni dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.
Jus
buah ni ada pelbagai jenis nutrien tau seperti vitamin, potasium dan
glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan. Jangan
buat-buat tak tau pula ya.
Sebenarnya rasa letih, penat
dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah
disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.Bila
berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian
seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air
memainkan peranan penting di dalam tubuh kita.
Memandangkan
bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca
yang panas dan kering, serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu
dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan
tahun ini, maka adalah perlu bagi kita memastikan bekalan air dalam
badan sentiasa dijaga.
Kita juga perlu mengelak daripada
meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai
kesan deuratik. Ini akan merangsang pengeluaran air kencing, dan
akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus.
Kekurangan
air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus
daripada komposisi tubuh terdiri daripada air. Tubuh badan memerlukan
sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh
dapat berfungsi dengan baik.
Apabila tubuh mengalami
dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh
kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan
kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku
adalah pening dan pitam.
Oleh itu, adalah amat penting
untuk kita mengambil air yang mencukupi. Tambah-tambah lagi yang
mengambil supplement tambahan pada bulan Ramadhan ni. Walau
bagaimanapun, pemakanan seimbang jangan dilupa tau.
Sekarang pertanyaaan boleh hubungi saya
Liyana Madrus | 014 509 0435
eelleeyana@gmail.com
Pakar Pemakanan Anda
Indahnya hidup jika sentiasa memberi :)
Liyana Madrus | 014 509 0435
eelleeyana@gmail.com
Pakar Pemakanan Anda
Indahnya hidup jika sentiasa memberi :)