5 Tips Hilangkan "Period Pain"





Ramai remaja yang mengalami senggugut. sakit akibat kekejangan di bahagian bawah abdomen, sebelum dan semasa period atau datang bulan. Sebenarnya, tiada diet khusus atau jenis makanan tertentu yang dapat membantu mengurangkan kesakitan ini.

Period Pain

Antara cara yang biasa digunakan untuk merawat kekejangan ini ialah mandi air panas, mengambil ubat yang boleh dibeli daripada kaunter atau dengan preskripsi dan bertuam menggunakan tunggu atau botol air panas.

Semasa period, kita sepatutnya mengambil lebih zat besi kerana mereka kehilangan banyak zat besi setiap hari semasa period tiap bulan. Zat besi berfungsi membantu membawa oksigen ke seluruh badan dan tahap zat besi yang rendah (anemia) boleh menyebabkan keletihan, kelesuan, kekurangan, kekurangan tumpuan, kesingkatan tumpuan, dan kemerosotan prestasi di sekolah.

Oleh itu, kita perlu mengambil diet yang seimbang dan juga makanan yang kaya dengan zat besi.

Makanan sumber zat besi termasuklah:

Sumber Haiwan

  • Daging
  • Ikan
  • Ayam
  • Itik
  • Hati
  • Kerang
  • Ikan bilis

Sumber Tumbuhan

  • Kacang pea dan kekacang
  • Sayuran berdaun hijau (bayam)
  • Buah delima
  • Kismis
  • Produk bijirin diperkaya dengan zat besi (roti, bijirin sarapan)
Ketika period ini, kita disarankan untuk ambil sekurang-kurangnya satu jenis makanan mengandungi zat besi daripada sumber haiwan setiap hari kerana zat besi daripada haiwan biasanya lebih mudah diserap oleh badan kita berbanding dengan zat besi daripada sumber tumbuhan-tumbuhan.

Walau bagaimanapun, pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi sahaja adalah tidak mencukupi. Untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan, kita dinasihatkan untuk mengamalkan diet yang sederhana, seimbang dan merangkumi pelbagai jenis makanan.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa amalan bersenam secara tetap dapat membantu mengurangkan sakit senggugut dan kekejangan. Sebaik-baiknya, jadilah senaman sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian untuk membantu menghindarkan sakit semasa period.

Sumber: Buku Hal-hal Pemakanan Keluarga

Antara alternatif lain yang boleh diamalkan ialah dengan pengambilan supplement.

Bagaimana GLA dan OSTEMATRIX membantu untuk mengurangkan dan menghilangkan period pain? 

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Fungsi utama GLA adalah untuk menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan.


Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Nutrien ini bekerja bersama untuk membantu relaksasi otot. 


Kalsium penting untuk mengekalkan nada otot semasa haid. Vitamin D juga membantu untuk mengurangkan keradangan. Adalah dipercayai bahawa keradangansemasa haid boleh membawa bukan hanya kepada kembung, tetapi juga kesakitan teruk semasa haid.



2 comments.. read them below or add one

ain kaswa ain kaswa 27 Ogos 2014 2:05 PTG
Supplement pon perlu ambik jugak utk kurangkan simptom2 pms...
Kalo alami period pain boleh guna teknik hot water beg..
Farrah MF Farrah MF 5 September 2014 12:25 PTG
saya pun selalu guna hot water beg kalau period pain

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.