9 Tips Terus Sihat Sepanjang Ramadhan

Happy Ramadhan

Hari ini dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Kita ukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum malah menahan diri dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, sejak terbit fajar sehinggalah terbenam matahari selama sebulan.

Kenapa kita perlu berpuasa? Daripada sudut rohaniah, ia membentuk seseorang menjadi lebih baik dan bersederhana.

Bagi sudut kesihatan pula, ia merupakan tempoh untuk kita mengawal nafsu yang sering kita lakukan antara sedar atau tidak yang sebenarnya memburukkan tubuh badan.

Makan kini bukan lagi keperluan tetapi lebih kepada keinginan, kita makan tanpa mengira waktu dan menuju ke arah obesiti.

Kita minum terlalu banyak kopi, atau teh, atau minuman berkabonat yang sudah tentu tidak elok untuk badan.

Bagi perokok tegar juga tidak sentiasa lagi berasap walaupun sudah tahu seribu satu keburukan kepada tubuh badan dan orang sekeliling akibat perbuatan tersebut.

Apabila kita berpuasa, kita tidak dapat melakukan semua itu dan ia dapat memupuk gaya hidup yang sihat dalam jangka masa yang panjang jika kita berterusan berjaya mengawal dan mendisiplinkan diri daripada sikap berlebihan.

Selain itu, pelbagai kebaikan lain seperti mengawal stres, sakit jantung dan masalah kolesterol berlebihan.

Berpuasa juga dikatakan dapat merehatkan sistem badan yang penat bekerja keras selama hampir setahun.

Turun berat badan

Berpuasa terbukti baik untuk kesihatan selain kebaikan rohaniah, namun ramai yang lupa niat asal berpuasa yang menuntut kita bersederhana, sebaliknya 'membalun'’ pelbagai juadah bersahur dan berbuka puasa dengan alasan tidak makan seharian.

Cara pemakanan ketika bersahur dan berbuka yang tidak betul menjadi punca lebih banyak penyakit ketika bulan ini.

Fakta ini turut disokong oleh Pakar Diet, Mahkota Medical Centre (MMC), Ong Si Wen yang menyatakan begitu banyak kebaikan daripada berpuasa ini.

"Sebagai contoh, berpuasa dapat menurunkan berat badan walaupun tidaklah terlalu nyata kerana kurangnya frekuensi makan dan menikmati kudap-kudapan.

"Namun, ia perlu disertai dengan pengambilan makanan seimbang yang rendah gula dan kalori serta sayur dan buah-buahan," ujarnya.

Terangnya, ketika berpuasa, badan kita menjanakan tenaga sendiri dengan membakar sumber daripada lebihan lemak yang tersimpan dan gula untuk menghasilkan tenaga.

Hati merupakan organ yang memainkan peranan paling penting dalam proses ini; ia menukar lemak menjadi bahan kimia yang dipanggil 'ketone' yang kemudian digunakan sebagai sumber tenaga.

"Bagaimanapun, terlalu banyak ketone boleh menyebabkan tubuh badan menjadi berasid dan pada jangka masa panjang ia boleh menyebabkan komplikasi.

"Tidak mengambil makanan yang betul ketika sahur dan berbuka puasa boleh menyebabkan masalah ini," tegasnya yang begitu menekankan pemakanan yang seimbang.

Penyahtoksikan

Ujar Si Wen, ada bezanya antara berpuasa dan proses penyahtoksikan yang mana penyahtoksikan kadang-kadang melibatkan prosedur seperti enema dan pengairan kolon.

Namun, sesetengah kesan berpuasa dan penyahtoksikan adalah sama iaitu pembuangan toksik yang terkandung dalam makanan yang kita ambil saban hari.

Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh toksin yang diperoleh daripada kandungan makanan kita.

Antaranya racun perosak, bahan pengawet, sisa-sisa dadah dan bahan kimia bahan pencuci serta seribu satu bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan yang diambil tanpa kita sedari.

Ada yang mengamalkan puasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses penyahtoksikan sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.

Namun, tegas Si Wen, proses tersebut tidak digalakkan kerana tidak mendapat nutrien yang seimbang.

Gastritis

Masalah gastrik sering dijadikan alasan untuk tidak berpuasa.

Menurut Si Wen, tidak dapat dinafikan yang berpuasa boleh meningkatkan tahap keasidan gastrik di dalam perut sesetengah orang menyebabkan pedih hulu hati, sakit perut dan rasa masam di dalam mulut.

Namun ujarnya, ia boleh diatasi dengan mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti roti gandum penuh, sayur-sayuran, kacang humus dan buah-buahan.

"Makanan-makanan ini menyebabkan tindakan bahagian otot yang mengisar dan mencampurkan makanan, memecahkan ia menjadi partikel kecil lalu membantu mengurangkan penghasilan asid di dalam perut," terangnya.

DENGAN musim panas yang kini melanda kebanyakan negara termasuk Malaysia, puasa kali ini dilihat begitu mencabar.

Ujar Si Wen, perkara ini bukanlah alasan yang kuat untuk membatalkan berpuasa kerana pelbagai langkah persediaan dan pencegahan boleh dilakukan daripada penyahhidratan.

"Jika cuaca terlalu panas, berlindung di tempat yang sejuk seperti di dalam bangunan dan mengehadkan aktiviti fizikal. Rehat jika boleh.

"Ketika berbuka, ambil makanan yang seimbang. Jangan terlebih makan dan pastikan minum beberapa gelas air kosong.

"Elakkan pengambilan minuman seperti teh, kopi dan soda terutamanya sebelum tidur kerana ia akan lebih membuatkan kita dahaga.

"Habiskan sekurang-kurangnya lapan gelas air sebelum tidur," terangnya.

Antara tip yang diberikan Si Wen, isikan botol air dengan sukatan dan pastikan ia dihabiskan sebelum tidur.

Tip pemakanan bersahur dan berbuka puasa

* Bersederhana ketika berbuka puasa, makan dalam hidangan yang kecil tetapi lebih kerap.

* Mulakan dengan kurma dan makanan ringan. Rehat sebentar untuk solat Maghrib, kemudian baharu menjamah hidangan utama sebelum solat tarawih.

* Berhenti makan tiga hingga empat jam sebelum tidur untuk memberikan sistem penghadaman cukup masa berehat.

* Kurangkan menerima pelawaan berbuka puasa di luar.

* Kurangkan pengambilan makanan yang pedas, berempah dan mengandungi asid berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi saluran penghadaman.

* Minuman berkafein seperti kopi merupakan diuretik yang natural iaitu menggalakkan pengeluaran air kencing lalu menyebabkan penyahhidratan.

* Minuman manis turut menyebabkan seseorang kuat kencing dan dahaga.

* Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter bagi menambahkan kehilangan air seharian tanpa sedar seperti ketika bernafas, berpeluh dan ke tandas.

* Cara terbaik adalah melengkapkan keperluan nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, serat dan lain-lain.



Baguskan tips yang dikongsi oleh Si Wen. Apa kata kita cuba ikut tips2 yang dikongsikan ini dan lihat apa perubahan yang berlaku pada diri kita :)

Untuk kekal cergas sepanjang Ramadhan ini, saya amalkan pengambilan supplement untuk kekal bertenaga. Bukan apa, kerja saya banyak berada di luar daripada pejabat. Pasti oleh bayangkan macam mana cuaca sekarang.

Alhamdulillah, dengan amalkan Set Puasa Shaklee ni, saya nasih bertenaga untuk ke sana ke mari walaupun dalam keadaan cuaca yang panas. 

Haaaa, inilah dia Set Puasa Shaklee. Dikenali juga sahur intant :)

Set Puasa Shaklee

Syokkan? Senang je nak sediakan set sahur ni. Bancuhkan semua ketiga-tiga ni dan kemudian shake kan aje. Dah bole terus minum. Nak campur dengan kurma dan blend pun boleh. Nak tambah oat ke, nestum ke, pun boleh juga. Lagi satu, set ni boleh digunakan seisi keluarga. Dari kanak-kanak sehingga ke warga emas. Berbaloi kan? 


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.