Letih, Lesu Ketika Hamil: 10 Tips Hebat Atasinya

Tahniah diucapkan kerana anda telah hamil. Sudah bersedia untuk menjalani fasa-fasa seterusnya sepanjang proses kehamilan?

tips atasi letih lesu ketika hamil
letih lesu ketika hamil
Letih, Lesu Ketika Hamil?

Rasa letih dan lesu adalah perkara normal yang berlaku dalam kalangan ibu mengandung. Sebelum mengandung pun kadang-kadang ada juga rasa letih dan lesu tapi apabila mengandung, letih dan lesu ni semakin menjadi-jadi. Adakalanya rasa letih dan lesu tu tetap tidak hilang walaupun anda dah mendapat tidur dan rehat yang cukup. Kalau ibu yang tak mendapat tidut yang lena, lagilah menjadi-jadi letih dan lesu tersebut.

Dalam bahasa standardnya, masalah tidak dapat tidur dengan lena pada waktu malam dipanggil insomnia. Tak cukup tidur ni boleh menganggu keselesaan anda di siang hari tau. Kebanyakan wanita hamil atau mengandung ni akan berasa keletihan yang sangat melampau pada trimester pertama kehamilan. Ia adalah normal ye ibu-ibu sekalian.

Bila anda rasa letih, ini menunjukkan badan anda memberitahu yang anda memerlukan rehat secukupnya. Pada trimester kerdua pula, keletihan hilang dan digantikan dengan perasaan sihat dan bertenaga. Tetapi pada trimester akhir pula, rasa keletihan kembali semula. Dah boleh bayangkan macam mana? Jadi, ibu-ibu boleh bersiap sedia dari sekarang.


Mengapa ibu berasa terlalu letih?

Bayi dalam kandungan hidup selama 24 jam dan metabolismanya sentiasa bekerja walaupun ketika waktu tidur ibu. Sudah tentu ia memberi kesan kepada tindak balas badan anda.

Semakin membesar bayi dalam kandungan, tidur menjadi semakin sukar. Pergerakan bayi, larian ke bilik air, berpeluh di waktu malam dan peningkatan kadar metabolism badan mungkin mengganggu tidur anda. Begitu juga dengan masalah kaki kejang yang pastinya mengejutkan tidur malam anda. Besarkan pengorbanan seorang ibu, sanggup bersabar selama 9 bulan kita dalam kandungan. Peringatan untuk diri sendiri juga, hargailah ibu selagi beliau masih ada. Berikut terdapat beberapa tips meredakan keletihan dan mengelakkan insomnia.

Bagaimana meredakan keletihan dan mengelakkan insomnia?

  • Berbaring pada sebelah kiri anda.
  • Gunakan bantal untuk menyokong di bahagian belakang badan, kepit di antara lutut dan bawah perut anda.
  • Amalkan tabiat tidur yang baik seperti masuk dan bangun tidur pada waktu yang sama setiap hari dan gunakan katil hanya untuk tujuan tidur dan hubungan kelamin.
  • Tidur awal.
  • Tidur sebentar jika anda tidak mendapat cukup tidur pada waktu malam.
  • Minum air yang diperlukan pada awal hari, jadi anda hanya perlu minum sedikit sahaja beberapa jam sebelum waktu tidur.
  • Cuba mandi air suam. Perubahan suhu sebaik anda selesai mandi mungkin menenangkan dan mudah untuk anda tidur.
  • Minum susu suam ketika waktu tidur.
  • Cuba urutan menenangkan.
  • Cuba menonton TV atau membaca sehingga anda berasa mengantuk.
Tercari-cari supplement untuk sepanjang proses kehamilan anda? Klik gambar tersebut. 

 Testimoni pengguna Set Hamil Shaklee:
                            testimoni set mengandung shaklee


                                       

1 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.