Makan Vitamin Shaklee Tapi TAK BERKESAN!

"Bila saya boleh nampak kesan makan vitamin Shaklee ni akak?"

"Kenapa saya makan vitamin Shaklee tak nampak apa-apa kesan pun?"

Saya kerap menerima soalan seperti ini. Untuk menjawab persoalan ini, saya akan terangkan satu-satu.

Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia kan, bila dah sakit baru kita terhegeh cari ubat. Kita lebih suka mengubati daripada mencegah. Sama lah dalam proses kita amalkan supplement. Bila kita amalkan untuk proses mengubati, kita nakkan kesan yang cepat.

Jadi suka saya nak ingatkan sistem badan kita berbeza. Makan cepat atau lambat kesannya juga sangat bergantung pada badan masing-masing.

jangan bunag supplement dalam tong sampah
Jika anda sudah mengamalkan mana-mana supplement Shaklee tapi belum nampak kesannya, apa yang anda perlu tahu adalah supplement Shaklee bertindak membaiki sel badan kita dari dalam. Ia kena tutup dulu lompang-lompang rosak dalam badan kita barulah badan boleh rasa kesan positifnya. Cuba anda bayangkan lubang atas jalan. Lagi besar lubang maka lagi banyak masa dan lagi banyak tar diperlukan untuk tutup lubang tu kan?

Begitu juga dengan badan kita. Bila anda sakit bermakna ada lompang nutrisi dalam badan anda. Jadi bila dah sakit baru nak amalkan supplement Shaklee haruslah beri masa untuk supplement tutup lompang dalam badan anda itu. Sebab itu ada orang cepat nampak kesan dan ada orang yang lambat. Siapa lompang kecil cepatlah lompangnya diturap maka cepatlah nampak kesan. Siapa lompang besar faham-faham je lah kan.. pastinya ambil masa.

Dan paling utama, pastikan anda amalkan pengambilan supplement mengikut panduan pemakanan yang betul. Itu sangat penting. Memang sedap makan suka hati tapi makan suka hati memang tak nampak kesan sebab anda tak akan tahu kalau ada yang tak boleh dicampur dan apa waktu makan terbaik kan? Jadi patuhilah panduan yang pengedar anda berikan.

Kebanyakan orang juga suka tukar dan campur adukkan supplement sebab nak kesan cepat. Nasihat saya, disiplin dalam amalkan pengambilan, pasti nampak kesannya cuma bezanya cepat dan lambat.

Sedikit tips untuk anda:
Jangan terburu-terburu nak lihat kesannya dalam masa satu hari!
Beri masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk sel dibaikpulih sebelum dapat rasakan keberkesanannya
Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan jaga pengambilan air kosong minimum 3L sehari
Jangan mudah percaya dengan janji BERKESAN DALAM MASA 14 HARI!

2 comments.. read them below or add one

ros_reeza ros_reeza 1 September 2014 10:06 PG
Salam kenal dari Ros.. ros singgah sini dan follow :)
Mia Liana Mia Liana 6 September 2014 7:14 PG
selalunya memang macam tu.. tak sabar.. huhuhu

p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #8. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/09/senarai-url-blog-8.html

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.