Malas Jaga Kulit Muka: 3 Tips Mudah

Assalamualaikum, lama dah tak update blog. Rindu pula dekat semua. Kali ini saya nak cerita pasal malas. Bukan malas apa tapi malas nak jaga kulit muka. Ada tak di kalangan kita ni yang malas nak jaga kulit muka. Maklumlah, balik kerja penat-penat, nak kena cuci muka lagi. Sampai kan ada yang kata, aish, leceh lah.
 
Malas jaga kulit muka tapi tetap cantik
Untuk yang mempunyai kulit muka yang bebas daripada apa-apa masalah kulit seperti jeragat, jerawat dan lain-lain. Tapi yang kulit cantik ni pun jangan ambil remeh tau pasal penjagaan kulit muka. Jaga kulit muka la yang paling senang. Tak perlu pun nak kusut-kusut nak g buat rawatan spa la, rawatan dengan lintah la dan sebagainya.
Ok, untuk yang paling malas nak jaga kulit muka, ni saya nak share langkah mudah untuk jaga kulit muka. Goyang kakipun boleh buat, senang sangat uolsss tau. 

Mencuci muka
Sekarang kan banyak pencuci muka kat kedai. Guna je apa-apa pencuci muka yang anda rasakan sesuai dengan kulit muka anda. Macam mana nak tau sesuai ke tak pencuci muka ni? First, anda boleh pegang kulit muka. Pegang sekarang ye, jangan tak pegang pula. Pencuci muka sekarang ni senang je nak cari. Berderet-deret jenama pencuci muka yang ada kat kedai. Boleh pilih nak yang mana satu. Tidak semestinya mahal asalkan pencuci muka tersebut sesuai dengan kulit anda.

Tugas ada sekarang adalah pergi cari pencuci muka yang sesuai dengan anda. Jika dah ada yang sesuai, teruskan penggunaannya. Apa yang penting, elakkan campur-campur produk. Yang terbaik adalah terus lekat pada satu produk je.

Ada info sedikit yang saya nak share. Jika muka anda jenis kulit kering, elakkan guna pencuci yang mengandungi banyak buih kerana akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Petua untuk yang kulit kering ni boleh cuba cari pencuci muka yang  menggunakan bahan-bahan berasaskan organik seperti susu, yogourt atapun oat.Cuba dulu, mana nak tahu sesuai pula kan.

Pelembab
Langkah kedua selepas cuci muka apa dia ye? Untuk yang malas ni, boleh terus sapukan pelembab. Tujuannya untuk melembabkan kulit wajah kita. Biasanya kalau kulit normal. kita dah ada minyak semulajadi kat muka ni. Tapi, kulit kita ni boleh jadi kering atas macam-macam faktor seperti cuaca, stress dan persekitaran. Tips nak pilih pelembab ni, cari pelembab yang ringan dalam bentuk losyen.

Bagi yang dah semulajadi mempunyai kulit kering pula, jangan tinggal pun pelembab ni sebab pelembab adalah penting untuk menjaga keanjalan kulit wajah. Toink toink bagi tegang. Untuk yang kulit kering, pastikan pelembab yang  bertekstur keras seperti krim.

Kalau ada jenis kulit berminyak pula, elakkan daripada menggunakan pelembab. Nak guna juga boleh, cari pelembab untuk kulit berminyak. Contohnya pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak yang berasaskan air. Ini kerana kejenjar sebum bagi yang kulit berminyak ni sudah aktif mengeluarkan minyak.

Pelindung UV
Siapa kat sini tak terdedah pun kat cahaya matahri. Mustahil tak terdedahkan. Susah nak elak kulit kita dari terdedah kepada cahaya matahari sebab kita kan tinggal kat Malaysia. Sedia maklum dah kan cuaca kat Malaysia ni beriklim panas.

Ni nak kasi info lagi ni, kulit yang kering dan terdedah pada cahaya matahari boleh sebabkan kulit berkedut dengan kadar yang cepat. Tak nak lah kan, umur muda lagi tapi kulit dah berkedut seribu. Haaaaaa, sebab itulah anda kena guna pelindung UV matahari dengan kandungan SPF paling kurang, 30 tau. Boleh tengok kat label produk pelindung UV, ada tulis kat situ berapa SPF. Untuk yang kulit berminyak pula, guna pelindung UV yang mengandungi bahan mineral dan organik.  

Sebenarnya, sebenarnya kan, tak susah pun nak jaga kulit wajah ni. Yang saya kongsikan ni tips unttuk yang paling malas sangat dah. Bagi yang super duper sibuknya sampai makan pun kadang-kadang tak menentu, bolehlah amalkan tiga langkah mudah ni je. Apa yang penting sekarang ni, pastikan kulit muka sentiasa bersih dari kotoran luar terutamanya. Kulit muka kita ni aset yang paling berharga tau, jangan dah bermasalah, baru sibuk nak itu lah nak ini lah. Bertindak sekarang.

Nota: Insyaallah, ada kesempatan nanti saya akan kongsikan set pencuci muka yang harganya berbaloi tetapi kualitinya setanding dengan yang brand terkenal. Dan apa yang penting, ianya semulajadi. 
 

{ 11 comments.. read them below or add one }

najiah shaharain najiah shaharain 13 Ogos 2014 11:54 PG
wah!!sgt berguna tips ni.iini mmg sesuai utk sy yg sgt malas or kata mudah x pndai nk jaga kulit muka.kikikikik
Adinda Baizura Mazlan Adinda Baizura Mazlan 14 Ogos 2014 1:55 PTG
Nice sharing :)

http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/
Muhammad Faris Izzat Mohd Latfi Muhammad Faris Izzat Mohd Latfi 16 Ogos 2014 2:25 PTG
Wah. bagus betul tips yang diberikan ni.

http://www.ohmudah.com/2014/08/pakar-pemusnah-bom-gaza-terbunuh.html
Eellee Nana Eellee Nana 17 Ogos 2014 1:58 PTG
hehe, boleh la try lepas ni :)
Mia Liana Mia Liana 22 Ogos 2014 2:35 PTG
memang tak susah... tang disiplin tu kadang tergelincir sedikit... hehehe


p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #7. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/08/senarai-url-blog-7.html
Eellee Nana Eellee Nana 23 Ogos 2014 4:51 PTG
hehe, betul2,

alhamdulillah, tq mia :)
Yun Sing Yun Sing 25 Ogos 2014 9:46 PTG
Selalunya cuci muka je dengan apa yang ada hihi..
fizafantagirO fizafantagirO 28 Ogos 2014 2:29 PTG
salam kenal, done follow sini . dtg jejak dr kelab blogger ben ashaari =)
zainul zainul 21 Oktober 2014 6:36 PTG
kalau lagi malas, makan ESP Shaklee, Collagen & Vivix. selain kulit makin sihat, parut pun pelan2 hilang tau

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.