Masker ESP & Vitamin E : Whitehead & Blackhead Hilang

Sebelum ni saya  tulis Cara Mudah Hilangkan Whitehead & Blackhead: 100% Berkesan. Memang tak diragui cara tersebut sangat berkesan.
Get Rid of Blackheads and Whiteheads
Hilangkan Whitehead & Blackhead
Tapi saya ni cerewet, tak rajin nak pecahkan telur. Lagi satu tak suka bau telur. Sebagai alternatif, saya cuba pakai readymade egg mask. Walaupun baunya tak lah sebusuk bau telur tapi saya tetap tak boleh dengan baunya.

Sejak kebelakangan ni, saya banyak terlibat dengan kerja luar. Makan pun order dari kedai, maka bercambah-cambah la whitehead, blackhead kat muka ni. Tak senang duduk jadinya.
 
Disebabkan kulit dah rasa semacam je. Saya layan MASKER ESP.
 
Tapi, vitamin E saya tak lupa tau, saya picitkan vitamin E ni buat masker sekali. Maka jadinya MASKER ESP + VITAMIN E

Sebelum nie malas betul nak layan-layan buat masker semua ni tapi seminggu ni rasa teruja dengan masker ESP. Hasilnya memang marvellous. Hebat, sehebat dengan produknya. Haha. Yang pasti whitehead dan blackhead semakin berkurangan, malahan dah makin licin muka ni terutama kat bahagian hidung ni. Gembira sesangat. Sesiapa yang tak cuba memang rugi wooowww. Tambah-tambah yang dah jatuh CINTA dengan ESP ni. Kulit pun makin tegang dan licin je. Alhamdulillah.

Kalau cakap bab kulit ni, yang pasti ramai wanita kat luar sana teruja nak try kan. Bagi yang pernah beli dan guna ESP Shaklee nie, sila la layan-layan buat masker. Kesan pastinya hebat juga. Kulit makin gebu, licin, tegang.

Memang rugi la kalau tak cuba. Klik SINI untuk info ESP.

Manfaat Masker PROTEIN untuk wajah
  • Menghilangkan kesan jeragat
  • Menghilangkan noda hitam bekas jerawat
  • Mengatasi kulit wajah yang kering karana kekurangan vitamin
  • Mengatasi wajah yang berminyak
  • Melembabkan dan menghaluskan kulit
  • Mengecilkan pori-pori
  • Mencerahkan wajah
Cara Membuat Masker ESP
♥ Gunakan 1 cawan yogurt perisa ASLI sebagai base masker.

♥ Tambah 1 sudu teh ESP ke dalam yogurt dan gaul sehingga rata. Picitkan 1 kapsul vitamin E.

♥ Ratakan di sekitar kawasan muka kecuali di kawasan mata.

♥ Biarkan 10-15 minit/ sehingga kering.

♥ Best time: selepas mandi pagi.

Selain yogurt, anda boleh guna oat juga.

So pada penggemar ESP sekalian, boleh la bereksperimen dengan masker ESP. ESP luar dalam. :)

Selamat mencuba ye!


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.