Resepi Kuey Teow Kungfu: Mudah & Sedap

Setiap kali pergi kedai, mesti salah seorang kawan saya ni suka sangat order Kuew Teow Kungfu. Kali pertama saya makan Kuey Teow Kungfu ni masa zaman belajar kat matrix sebabnya tergoda dengan roomate yang asyik order menu ni je kat cafe.

Masa makan tu saya rasa tak sedap. Itu kali pertama dan terakhir saya makan Kuey Teow Kungfu. Tiba-tiba bangun malam ni teringin nak makan la pula. Alahai mengidam dah ni. Ini saya kongsikan resepi Kuey Teow Kungfu yang sedap dan mudah.

Godek-godek, jumpalah resepi dari facebook kak Tahrunnisah Jali.  Ini saya tampal dulu resepinya untuk tatapan kalian juga.

resepi kuey tiaw kungfu sedap
alhamdulillah jamu matalah
ye...nanti boleh la mencuba resepi ni pula tu keluarga tersayang
Resepi 1 orang makan - (kalau dalam keluarga tu ada 6 orang agak2 la ye)
ok ni semua ramuan nya...
Kuey Teow untuk seorang makan
2 biji telur (kalau taruk 1 biji macam kurang garing nanti )

Panaskan minyak dalam kuali macam nak goreng ikan tu minyak nya
kacau 2 biji telur guna garfu dan taruk kuey teow dalam telur tersebut..biar bercampur
goreng campuran kuey teow dengan telur..goreng masak atau garing (saya suka garing) bila makan kruk krak kruk krak.. angkat dan toskan minyak.. ketepikan.

inilah bancuhan telor dan kuey teow
sedang menggoreng
Kuey teow yang baru digoreng..saya memang suka yang garing kruk krak kruk krak

Kuahnya
1-2 ulas bawang putih
1 @ 2 biji cili api diketuk
air secukupnya
1-2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air ye) kena agak2 kepekatan kuah ye..tak cair sangat dan tak terlalu pekat)
1/2 kiub pati ayam
sayur kailan
lobak
jagung muda dibelah 4
cendawan butang di potong
kobis dipotong
isi ayam dipotong dadu
sotong dipotong bulat
udang dibuang bahagian mulutnya
lada sulah
garam
ajinomoto bagi siapa yang nak taruk sebagai penyedap rasa(saya tak taruk)

* Panaskan kuali..masukkan 1 sudu minyak masak.. masukkan bawang putih yang
diketuk sahaja...goreng sehingga naik bau..
* kemudian masukkan air (anggaran untuk sorang makan tapi kalau nak buat satu famili
pandai2 la gandakan apa yang perlu ye)
* masukkan isi ayam, kemudian sotong dan udang..
* masukkan bancuhan tepung jagung tadi. kepekatan kuah ni seperti yang saya bagitau tak
pekat tak cair sangat..
* kemudian masukkan sayuran yang dipotong dan lada sulah..dan taruk garam dan
perasa..
* perhatikan keadaan kuahnya ye..kalau cair tambah sikit lagi bancuhan tepung jagung
dan air

masukkan dalam pinggan kuey teow..curah kuahnya atas mee tadi.. dan tabur lada merah dan limau serta daun sup dan sedap dimakan dengan cili potong.

buat sendiri nak taruk ramuan banyak mana pun boleh..tak kena charge

 Selamat mencuba :)

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.