Senarai Semak Barangan Bayi

Ramai di kalangan kawan-kawan saya sekarang sedang menghitung hari untuk kelahiran cahaya mata. Bah kan ada yang teruja sehingga berbelanja barang baby tak habis-habis lagi kan. Tak sabar nya saya untuk merasai sangat seperti ini juga.

Boleh dikatakan membuat persiapan nak menyambut orang baru ni sangat mengujakan tau. Tambah-tambah lagi nak menyambut putera/puteri sulong. Kalau pergi butik baby ke, ekspo barangan baby ke, rasa hendak beli je semua keperluan baby yang kita tengok tu. Tengok tu nak beli, tengok ni nak beli. Tapi walau bagaimanapun, kita mestu hati-hati tau. Bukan apa, takut terbeli barang-barang yang tidak diperlukan.
senarai semak barangan bayi
Kat sini, saya kongsikan senarai semak persiapan ibu dan bayi yang hendak dibeli. Apa yang penting, buat senarai semak yang lengkap supaya tugas membeli belah berjalan dengan lancar dan mudah.

Keperluan Bayi
Pakaian
Sarung tangan
Sarung kaki
Topi bayi
Baju lengan panjang
Seluar panjang
Baju lengan pendek
Seluar pendek
Barut
Tuala muka
Lampin
Lampin kain
Lampin pakai buang
Tisu basah
Krim ruam lampin
Penjagaan diri
Tuala mandi
Sabun bayi
Syampu bayi
Besen bayi
Minyak bayi
Minyak telon
Sikat bayi
Pemotong kuku

Kelengkapan tidur
Bantal kepala
Bantal peluk
Tilam
Selimut
Katil bayi
Kelambu

Semoga senarai semak ini membantu anda merancang perbelanjaan menyambut si comel yang dinantikan.

SEMOGA BERMAANFAAT :)

1 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.