Vitamin Set Ibu Hamil Shaklee

 Saya nak ceritakan vitamin untuk ibu hamil. Kenapa ibu hamil memerlukan vitamin? Kenapa ye?

Inilah sebabnya:

Ibu hamil digalakkan untuk mengambil vitamin ibu hamil kerana 
  • Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
  • Mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
  • Membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
  • Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan. Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama.

Yang menjadi pilihan kebanyakan ibu-ibu sekarang ialah Set Hamil Shaklee kerana:
  • Lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
  • Tahan berbulan-bulan
  • Boleh dimakan bersama ahli keluarga
  • Harga yang sangat berbaloi
  • Semulajadi (bukan sintetik)
  • Tidak memberi sebarang kesan sampingan
  • Bonus kesihatan dan kecantikan extra
  • Juga sesuai dijadikan set berpantang
  • Terbukti selamat dan berkesan
Protein (Energy Soy Protein)
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. ESP juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

Multivitamin (Vita-lea)
mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan. Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

B Complex 
Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid. Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

Vitamin C (Sustained Release Vita-C) 
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.

Omega -3 (Omega Guard)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

Kalsium (Ostematrik)
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggng, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.



Vitamin Set Ibu Hamil Shaklee

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.