Herbal Blend Shaklee: Cream Ajaib 1001 Kegunaan

JRM0.00 Shaklee: We are pleased to inform Herbal Blend Multi Purpose Cream (39078) is now available at all branches & online, while stocks last.
Thank you.

Pagi-pagi lagi dah dapat mesej dari Shaklee. Tak terkira gembiranya saya. Dah lama tunggu cream ajaib dari Shaklee ni. Kenapa saya kata cream ajaib? Untuk yang belum tahu lagi pasal cream ajaib ni, teruskan pembacaan anda, saya akan ceritakan satu-satu fungsinya. 
kegunaan herbal blend shaklee
Herbal Blend Shaklee
Antara kegunaan Herbal Blend yang ajaib ni?

1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga
Yang ni khusus untuk baby atau anak kecil yang kulitnya kering akibat eczema. Untuk kulit yang gatal-gatal da kering juga boleh gunakan juga. Saya biasa gunakan untuk letak kat gatal sebab kena gigit nyamuk.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Tumit kering dan pecah sememangnya menjadi masalah. Saya tak pernah alami masalah tumit kering dan pecah tapi saya bagi mak saya cuba kat tumit dia, alhamdulillah berksan. Mak saya pernah cuba macam-macam jenis krim mahal di farmasi. Tapi, tak berapa nampak hasilnya. Tapi, sekali dua cuba Herbal Blend, memang puas hati. Lembut je tumit tu. :)

3. Ubat luka / lecur
Boleh guna ganti minyak gamat. Saya cadangkan seeloknya ada la satu herbal blend kat dalam rumah kita. Bukan apa, bila ada luka je, cepat-cepatsapu Herbal Blend, cepat-cepat baik lukanya. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh.

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Tak dapat dinafikan , ada segelintir ibu-ibu yang mengalami luka pada puting ketika menyusu. tambah-tambah bila anak dah mula tumbuh gigi. Memang dah terbukti Herbal Blend ni mampu merawat, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat dan Herbal Blend lah yang jadi penawarnya. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada Herbal Blend di sisi tau.. :) Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat.
Testimoni pengguna setia Herbal Blend - testimoni kredit pada vithebat@blogspot.com

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. Insyaallah akan pudar dan hilang.

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaallah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian bayi tu.

7. Losyen harian
Saya juga gunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut. Herbal Blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa.
Pelbagai fungsi kegunaan Herbal Blend

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.