Promosi Berganda Shaklee: Jom Borong Collagen & Mealshake

Ini cerita semalam, tapi pagi ni baru berkesempatan nak tulis. Bulan September 2014, Shaklee bagi kejutan untuk semua. Saya pun terkejut. Rasa macam nak melompat kegirangan. Tak pernah sebelum ni Shaklee buat offer macam ni. Ini kali pertama tau. Memang istimewa, memang promosi sakan, promosi besar dan promosi berganda. Apa tunggu lagi, jom lah kita borong sampai licin. Hehehe.
promosi shaklee
Promosi Shaklee September & October 2014
Rugi sangat-sangat tau untuk sesiapa yang tak ambil kesempatan dan peluang ni. Sebabnya dua-dua produk ni (Shaklee Collagen Powder dan Meal Shake) produk ngetop pilihan ramai.

Sebelum ni pun ramai duk whatssap Yana tanya pasal Collagen dan bila nak promosi Collagen. Al-maklum lah, Shaklee Collagen Powder ni produk pilihan ramai. Promosinya pula sekali je setahun. Kalau terlepas, alahai sayangnya. Lama lah pula nak tunggu tahun depan.

Yana sendiri peminat setia collagen. Tambah-tambah lagi untuk bakal pengantin, elok sangatlah amalkan Shaklee Collagen Powder ni untuk bagi berseri lagi wajah masa majlis nanti. Yana amalkan tau, dup dap dup dap, tak lama dah majlisnya. Hehe. Untuk isteri-isteri pula, boleh bagi kejutan kat suami, mesti suami pujilah.

Untuk peminat setia collagen, seru punya seru, ini dia Promosi Collagen dah mai dah. Tapi kali ini mai dengan berteman, datang sekali promosi Mealshake. Meal shake ni sesuai untuk anak-anak yang picky eater, untuk sesiapa yang nak naikkan berat badan. Paling best, rasa vanilla mealshake ni, buka je tong meal shake, terus bau wangi semerbak vanillanya.

 Kat sini, saya terangkan serba sedikit tentang kelebihan Shaklee Collagen Powder dan juga Mealshake.

Apa kelebihan Shaklee Collagen Powder

Bagi yang nak kecilkan liang pori, hilangkan kedut-kedut halus, atasi rambut gugur dan makin nipis..pendek kata untuk kecantikan dan awet muda, Shaklee Collagen Powder lah YANG TERBAIK!

Collagen adalah satu-satunya produk yang boleh kecilkan liang pori pada wajah dengan berkesan dan sangat pantas. Dalam 5 sachet (pengambilan dalam masa 5 hari berturut-turut) dan boleh nampak kesan terhadap liang-liang pori tu...Lagi satu, dengan pengambilan Shaklee Collagen Powder ni, masalah rambut yang makin nipis sudah tiada lagi.

Apa kelebihan Meal Shake

Bagi yang ada anak-anak mengalami sembelit, mudah demam, tiada selera makan...ini lah 'penyelamat'. Amat disyorkan untuk kanak-kanak yang sedang membesar..

Ini stok WAJIB ada dirumah saya.


1 comment... add one now

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 8 September 2014 1:41 PTG
wahh hebat shaklee ni, follow awak :)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.