Tips Didik Anak: Cara Mudah Kawal Marah Anak

Untuk ibu-ibu yang sentiasa tak dapat nak kawal kemarahan terhadap anak-anak, ini saya kongsikan Perkongsian bijak Puan Sharifah Shuwaidah.

Kawal marah pada anak-anak
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu akan marah anak-anak, cuma bezanya cepat atau lambat atau pun bergantung pada tahap kesabaran. Saya doakan ibu-ibu diberi tahap kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak. Proses mendidik anak-anak ini banyak cabarannya. Sama-samalah kita mencari gali ilmu untuk yang terbaik bagi keluarga kita. 



Berikut merupakan perkongsian Puan Sharifah Shuwaidah.


Bagus perkongsian ini, mengajar kita cara yang mudah dalam mengawal marah terhadap anak-anak. 

Masalah ibu cepat marah anak-anak :

Puan senang saja, saya pun mengalami perkara yang sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakkan membaca cara-cara mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus, Alhamdulillah.

1) Baju kotor rumah bersepah - puan biarkan anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka puan, jangan ada mimik marah, jeling atau masam cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif). Pandanglah anak-anak puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.

2) Panjat, jerit tak dengar kata - saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat-sangat dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan explain pada anak apa yang kita nak anak buat.

3) Puan sungguh lucky tidak bekerja dapat mendidik anak kejalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak-anak semasa anak-anak tengah main join anak-anak dan bergurau insyallah bila anak-anak melihat ibunya pun bermain selalu puan tengoklah anak-anak akan berubah. Saya kata terus terang puan, saya sampai anak-anak ajak main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama-sama anak, insyaallah mereka lebih menyayangi, memahami dan mendengar kata. Last sekali sekiranya puan betul-betul tak dapat control, puan lihatlah anak-anal seperti esok kita dah tak jumpa anak-anak kita lagi. Maaf, ingat anak-anak bukan hak kita amanah Allah s.w.t jzngan sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.

4) Setiap malam amalkan membaca selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup keubun anak-anak dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yg puan impikan pada anak. Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak-anak subhanallah doa n bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul-betul dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah.

Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak automatic dengan segera berubah mood kita puan. Anak memang itu fitrahnya bila kita pukul atau marah anak-anak tu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita. Saya doakan puan akan
berjaya mendidik anak-anak puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah swt MAHA pengasih dan Allah swt amat benci kemarahan atau kekasaran.


Insyaallah, sama-sama kita amalkan dalam kehidupan kita :)

4 comments.. read them below or add one

Nazlee Ismail PCL Nazlee Ismail PCL 3 September 2014 3:01 PTG
Salam Blogwalking Bersama Mamaniza.com. ~ Terima kasih dengan tips yg mudah ini.

www.nazlee.com
Hani Fadhlina Abdul Rahman Hani Fadhlina Abdul Rahman 6 September 2014 2:47 PTG
Hi ... Jalan-jalan dari Segmen Nak URL Blog #8 Mia Liana ... Jangan lupa singgah jalan kat SiNi & Join contest kat SiNi

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.