Tips Pengantin: 5 Petua Mujarab Naikkan Seri Wajah

Berdebarnya rasa hati. Tak lama dah nak bergelar raja sehari.
Berseri kan pengantin?
 Berikut saya kongsikan apa yang saya amalkan untuk menaikkan seri wajah agar wajah kelihatan berseri menjelang hari bahagia. Petua ni amat bagus untuk diamalkan oleh bakal-bakal pengantin.

1) Amalkan Daun Lemuni
Ambil beberapa helai daun lemuni. Sesetengah orang memanggilnya daun lengundi. Rebus daun ini dan minum airnya. Pucuknya pula boleh dibuat ulam. Amalkan selalu untuk kesan yang memberangsangkan. Saya tak amalkan daun lemuni ni sebab susah nak jumpa kat tempat saya.

2) Gunakan Air Kelapa
Air kelapa memang banyak manfaatnya. Salah satunya ialah menyerikan wajah. Jangan fikir air ini untuk diminum. Sebaliknya gunakan ia untuk mencuci muka. Sapukan air ini dengan rata ke seluruh wajah. Kemudian biarkan kering. Selepas itu, cucilah kembali dengan air bersih. Khasiat air kelapa dipercayai menyerikan kulit wajah dan dalam masa yg sama memudarkan sebarang parut yg ada. Cubalh air kelapa ni, sejuk je bila menyentuh kulit. Saya dah amalkan dan alhamdulillah, rasa segar je kulit muka.

3) Minum Air Sebelum Mandi
Untuk menaikkan seri wajah dari dalam, minumlah segelas air kosong (suam) sebaik bangun tidur. Lakukan sebelum anda menggosok gigi dan mandi. Amalkan setiap hari. Amalan ini dipercayai mampu melancarkan perjalanan darah sehingga wajah kelihatan lebih segar dan berseri. Petua ni memang dah biasakan. Lecturer Nutrition saya dulu pun ada suruh amalkan petua ni. Mak saya pun selalu ingatkan supaya amalkan petua ni. Untuk bakal pengantun, amalkan tau, jangan tak amal.

4) Urutan Wajah
Sebelum mandi, gunakan jari telunjuk dan basahkan dengan air. Rautkan pada wajah bermula dari dagu ke dahi. Ingat ye, mulakan dari dagu ke dahi. Berselawatlah waktu itu. Cuba amalkan setiap hari. Amalan ini juga dipercayai membantu mengelakkan kulit wajah cepat berkedut. Syaratnya, raut dari bawah ke atas dan bukan sebaliknya. Sebagai amalan tambahan, sentiasalah amalkan bacaan Al-Qur'an dan wirid.

5) Suplemen Shaklee Collagen Powder

Sekiranya anda ikuti langkah-langkah di atas, ditambah pula pengambilan suplemen Shaklee Collagen Powder, pasti anda akan mendapat hasil yang mengagumkan!

Jom kita tengok testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder ini.
testimonial shaklee collagen powder 2
Tapak tangan menjadi semakin lembab

testimonial shaklee collagen powder 5
Kulit makin lembut, jerawat makin pudar
                               

testimonial shaklee collagen powder 3
Kulit tambah moist
testimonial shaklee collagen powder 4
Jerawat kurang, whitehead, blackhead dah licin
                          

{ 8 comments.. read them below or add one }

siti zawiah siti zawiah 4 September 2014 3:54 PTG
selalu minum air lepas bangun tidur..
Azhafizah Md Nor Azhafizah Md Nor 6 September 2014 5:13 PTG
Singgah blogwalking dari blog kak Mia :)

Happy weekend!

Jemput singgah
http://www.azhafizah.com/
Mardiah Diana Mardiah Diana 6 September 2014 5:36 PTG
Singgah BW dari blog Mia Liana...

jemput singgah ke blog
http://mardiahdiana.blogspot.com
Mardiah Diana Mardiah Diana 6 September 2014 5:37 PTG
Singgah BW dari blog Mia Liana...

jemput singgah ke blog
http://mardiahdiana.blogspot.com
Alynn Azman Alynn Azman 15 September 2014 8:19 PG
Assalammualaikum ..singgah bw dr blog syira lokman & follw sini 249 :) ..
gud sharing..tq!
NJihe.am NJihe.am 20 Februari 2015 7:38 PTG
Salam singgah, banyaknya produk!
Lina Lina 13 April 2017 1:20 PTG
I ingat urutan amat berkesan sbb dpt relaks kan keseluruhan badan. Tapi kena cari pengurut yg berpengalaman.

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.