10 Tanda Awal Anda Sah Hamil: Wajib Anda Tahu

Assalamualaikum, baru berkesempatan untuk menulis.

Hari ini hari kedua saya dapat cuti sakit. Kenapa dan mengapa? Nanti saya cerita kan. Kali ini saya nak cerita kan pengalaman diri sendiri pertama kali hamil.
tanda awal kehamilan
Teruja dan excited bila dapat tau hamil kan?
Ini merupakan kali pertama saya hamil. Teruja dan rasa berbunga you olllsss. Apatah lagi hamil anak sulong. Perasaan gembira yang tak dapat digambarkan bila tengok UPT naik double line. Dan perasaan berdebar-debar juga timbul, eh betul ke saya dah pregnant?!

Sebelum buat ujian kehamilan, saya dah rasa badan ni lain macam je.

Segala-galanya terjawab juga apabila saya dan Encik Suami bertekad untuk berjumpa doktor bagi membuat pemeriksaan awal. Perasaan excited tak dapat saya sembunyikan lagi bila doktor meletakkan alat pengimbas di perut ini. Doktor akhirnya mengesahkan yang saya hamil 6 minggu dengan membuat ukuran keatas kantung baby. Pregnant mommy yang biasa membuat imbasan pastinya arif tentang perkara ini kan.
simptom hamil
Simptom hamil
Doktor menasihatkan agar saya menjaga kandungan dengan TIDAK membuat sebarang aktiviti lasak, mengurangkan pergerakan dan MENGELAKKAN diri dari membuat sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan kandungan, antaranya menaiki tangga.

.....

Untuk bakal pengantin dan juga wanita-wanita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga,

Berikut saya kongsikan 10 tanda awal kehamilan. Tanda awal kehamilan ini berlaku samada kita sedari ataupun tanpa kita sedari.

1. Lewat datang haid

Saya sebenarnya ada masalah kitaran haid. Tapi setiap bulan, saya akan pastikan saya tanda dalam kalendar bila dan berapa lama kitar haid saya. Perkara ini saya amalkan sebelum saya berkahwin lagi. Untuk mummy to be yang malas sangat nak tanda period tiap-tiap bulan, saya cadangkan mummy semua download app My Calendar dalam handphone masing-masing.
Tiap-tiap bulan tanda tarikh period
Bila period dah lewat sampai 1 hari pun, dah boleh start buat pregnancy test dah. Sesiapa yang ada masalah period yang tak teratur, boleh cuba GLA Complex Shaklee. Saya amalkan ni sebelum kahwin lagi. Alhamdulillah, period semakin teratur.

Set kesuburan Shaklee: Usaha Cepat Hamil

2. Morning sickness

Morning sickness ini ada yang teruk, ada yang tak teruk. Antaranya loya dan muntah. Morning sickness ii boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Alhamdulillah, sehingga setakat ini, saya tak ada rasa kesan morning sickness lagi.
Morning sickness, rasa loya dan muntah
Gejala ini boleh berlaku disebabkan perubahan hormon dalam darah terutama hormon hCG yang boleh menyebabkan rasa mual. Morning sickness ini biasanya berlaku pada trimester pertama kehamilam dan akan mula berhenti apabila memasuki trimester kedua.

Berikut, saya ada kongsikan cara untuk hilangkan morning sickness. Boleh klik DISINI.

Alahan Mengandung: 10 Tips Mengatasinya

3. Berasa letih dan mengantuk

Simptom ini paling ketara buat saya. Setiap masa saya rasa letih dan mengantuk. Kat office pun rasa megantuk, kat rumah pun rasa mengantuk. Sampai bos kat office boleh kesan yang saya ni pregnant. Betapa kuatnya simptom letih dan mengantuk yang saya alami ini. Rupa-rupanya rasa letih dan mengantuk ini disebabkan oleh perubahan hormon juga.

Letih, Lesu Ketika Hamil: 10 Tips Hebat Atasinya
mengantuk ketika hamil
Saya nak rehat yang cukup
4. Rasa kelaparan yang berpanjangan

Yang ni pun tanda awal kehamilan yang paling ketara bagi saya. Sesetengah mummy to be tidak mempunyai selera makan tapi saya, selera makan dan rasa lapar semakin menjadi-jadi. Pukul 7 pagi saya dah cari breakfast nasi kerabu. Pukul 9 pagi, saya lapar lagi. Pukul 9 pagi, saya makan pula pulut pagi. Setiap masa rasa nak mengunyah je, dan rasa nak makan lagi,dan lagi dan.. errrr...

5. Kekerapan kencing

Setiap masa sekarang ni rasa nak kencing je. Boleh dikatakan tak sampai sejam, nak kencing lagi. nasib baik bilik air kat rumah dan kat office ni dekat je. jadi, saya tak perlulah jalan jauh sangat.

Perubahan hormon dalam darah menyebabkan sistem sirkulasi pendarahan dalam tubuh meningkat untuk perkembangan bayi yang pesat dalam kandungan. Oleh itu, buah pinggang akan bekerja lebih keras dan menghasilkan air kencing yang lebih banyak.

Untuk ganti balik air yang hilang, mummy to be dinasihatkan untuk minum air kosong degan lebih banyak lagi.

6. Perubahan emosi

Perubahan emosi yang berlaku pada saya sukar nak dijangka. Sekejap saya rasa nak marah, sekejap saya rasa sedih. Kadang-kadang benda kecil pun saya terasa. Saya juga kerap menangis tanpa sebab yang munasabah.

Encik suami pun kadang-kadang pening melayan kerenah saya ni.

7. Mengidam

Yang ni macam-macam saya rasa nak makan. Antara yang saya mengidam nak makan ialah ikan pekasam, jeruk pauh asam boi, jambu batu dengan asam, limau madu dengan garam.
mengidam ketika hamil
24/7 womb room service
Alhamdulillah, setakat ini tak ada lagi mengidam nak makan yang teruk-teruk. Saya ingat lagi kawan baik saya mengidam nak makan beras mentah. Masa tu kawan baik saya dan suaminya dalam perjalanan pulang ke kampung. Terpaksalah suaminua berhenti di mana-mana kedai singgah beli beras dulu.

8. Kejang bahagian bawah badan

Yang ni rasa mula rasa sejak lewat period lagi. Setiap hari rasa kejang bahagian bawah badan. Kenapa kekejangan berlaku? Kekejangan berlaku disebabkan oleh badan kita sedang menyediakan rahim untuk membesar bagi proses kehamilan.

Pada masa ini, kemungkinan badan akan kekurangan kalsium. Untuk cukupkan kalsium, saya amalkan minum susu. Saya minum susu enfamama yang perasa coklat. Sedap pun sedap. Tak rasa sangat susunya. Lagi satu, saya juga minum susu HL yang vanila, strawberry dan juga coklat.

Saya juga amalkan makan supplement Ostematrix dari Shaklee. Ini untuk elakkan kekejangan dan juga membantu mengatasi masalah sembelit saya.

9.  Sembelit

Yang ni juga ketara pada saya. Setiap kali nak membuang air besar mesti berjam-jam dalam toilet. Sakit tak terkata lah yang ni.
sembelit ketika hamil
Masalah sembelit
Untuk atasi masalah sembelit ni, saya amalkan makan buah. Antara buah pilihan saya ialah pisang dan betik. Saya juga amalkan minum air 3 liter sehari. Air ni saya banyak minum pada siang hari untuk elakkan bangun malam untuk buang air kecil. Selain itu, saya juga amalkan Ostematrix dari Shaklee. Alhamdulillah, tidur pun lebih lena, bangun pagi-pagi dah rasa nak membuang.

10. UPT Positif

Yang ni sah dah mengandung. Untuk lebih dapat result yang memuaskan hati, buat ujian kehamilan ni ketika bangun awal pagi. Sebab pada waktu pagi, hormon lebih tinggi. Jika terdapat 2 garisan yang kelihatan pada Urine Pregnancy Test, insyaallah anda mengandung.
positive pregnant
Alhamdulillah, double line

Untuk lebih tepat lagi, boleh buat ultrasound test and insyaallah anda akan dapat lihat kantung baby dalam rahim.

Minggu lepas, saya dan Encik Suami ada pergi buat ujian ultrasound kat sebuah klinik swasta. Alhamdulillah, dah nampak kantung baby dalam rahim. Dari saiz kantung, saya dah pregnant 6 week. Doktor akan kira usia baby melalui saiz kantung dan tarikh anggaran kelahiran akan dikira dari tarikh pertama anda period pada bulan lepas. Oleh itu, penting untuk kita rekod setiap tarikh period pada setiap bulan.

Alhamdulillah, ini kesemua 10 tanda awal kehamilan. Bila anda dah ada salah satu tanda-tanda awal kehamilan ini, cepat-cepat jumpa doktor. Dan perlu sentiasa berhati-hati. Jaga kandungan anda baik-baik. Sekiranya anda ada tanda selain daripada ini, boleh kongsikan di ruangan komen untuk tatapan kita semua.

Saya doakan anda yang sedang membaca artikel ini sentiasa kuat dan sihat sepanjang tempoh kehamilan ini. Sama-sama kita doakan.

Saya sekarang sedang menggunakan Set Kehamilan Shaklee Trimester Pertama. Anda boleh KLIK DISINI untuk maklumat lanjut berkenaan set ini.


Vitamin Set Ibu Hamil Shaklee


Sebarang persoalan mengenai kehamilan, insyaallah boleh hubungi saya. Selagi saya mampu untuk menjawab, insyaallah saya akan jawab.

Sehingga bertemu lagi dalam perkongsian kehamilan dari saya mengikut pengalaman saya sendiri. 

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.