Ayam Pakpik: Homemade Resepi Saya Paling Sedap

Siapa pernah makan ayam pakpik? Ayam pakpik ye, bukan ayam paprik. Ada beza tau ayam pakpik dengan ayam paprik ni. Biasanya apabila kita order kat kedai makan, ayam paprik yang dihdangnya.

Ayam pakpik dan ayam paprik ni dua-dua masakan Thailand. Beza yang ketara dari segi warna. Ayam pakpik ni warna kuning dan ayam paprik pula warna merah.

Ayam pakpik ini merupakan homemade resepi saya paling sedap. Encik Suami setiap minggu request nak makan ayam pakpik ni, katanya lagi pedas lagi sedap.

Ok, ini saya kongsikan resepinya. Senang je, anda boleh terus mencubanya di rumah. Mana tau boleh jadi juadah lunch anda hari ini.

Resepi Ayam Pakpik Versi Yana

Bahan-bahan (2 orang)

1/2 ekor ayam
1 cawan air

[Bahan kisar]
2 inci kunyit
5 batang serai
20 biji cili padi
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 inci lengkuas

[Bahan hias]
6 helai daun limau purut
2 batang serai (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
2 biji tomato (dipotong 4)
2 biji cili merah (dihiris serong)
Sedikit garam dan perisa

Cara-cara:

1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil.
2. Lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng ayam sehingga separuh masak.
4. Angkat dan toskan.
5. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
6. Masukkan ayam dan sedikit air.
7. Biarkan di atas dapur dengan api kecil sehingga sedikit pekat.
8. Masukkan daun limau purut, asam keping, bawang besar,  cili nerah, garam dan perisa.
9. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya.

Sedia dihidang dengan nasi putih yang panas. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Ini dia, saya hadiahkan gambar pakpik version Yana yang telah siap.

Displaying IMG_20141004_122004_1.jpg
Ayam Pakpik Memikat Selera

1 comment... add one now

Nur Razali Nur Razali 20 Oktober 2014 11:24 PG
baru tau ade ayam pakpik, biasa mkn aym paprik je..boleh la cuba ek, nmpk mcm sedap je :) thanks sharing resepi yg awesome ni..salam kenal dr saya :)

jemput singgah http://www.cahayavitamin.com

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.