Buku Paling Best Pernah Baca: Cabaran Blog 44 Hari

Saya ni boleh dikatakan seorang yang suka baca buku. Buku yang yang menjadi tarikan saya biasanya buku motivasi dan juga buku mengenai dunia nutrisi.

Kali ini, saya nak kongsikan buku paling best pernah saya baca. 

Jeng jeng jeng.....inilah dia bukunya.

Buku Law Universal of Attraction

Buku ini boleh dikatakan saya dah baca sehingga lebih daripada 10 kali. Buku ni sangat best. Walau pun buku ini tak tebal mana pun. Sekadar muka surat tetapi pengisian dalamnya sungguh mantap. 

TIP MENARIK KEBAHAGIAAN DENGAN LUA

Bahagiakan orang lain supaya kita juga turut rasa bahagia. Lakukannya kerana Allah. Bila ia dilakukan kerana Allah, apa jua respon orang lain tidak memberi kesan kepada kebahagian yang ada dalam hati.

Selamat menjadi MAGNET kebahagiaan!

Buku Law of Universal Attraction ini mampu menguatkan keyakinan saya. Buku ini ditulis oleh pengacara rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah iaitu saudara Amin Idris. Buku ini ditulis bersama dengan rakannya iaitu Zuhairi Nopiah.

Apa yang mebuatkan cukup terkesan di hati saya ialah buku ini menceritakan beberapa rahsia faktor kejayaan umat islam terdahulu dengan keajaiban zikir dan doa, menarik kejayaan dan menukar impian menjadi kenyataan, tetap bahagia walaupun impian tidak tercapai dan kuasa minda segar yang memudahkan urusan harian turut dibongkarkan dalam buku ini.
Bagi saya buku ini cukup bagus dibaca oleh sesiapa sahaja sama ada pelajar, usahawan, pekerja, ibu bapa, anak-anak dan sebagainya.
 
Buku Law of Universal Attraction ini memberikan penjelasan dengan lebih terperinci tentang hukum tarikan antara kita dengan Allah SWT dengan lebih meluas lagi.
 
 Petikan dari buku Law of Universal Attraction

Minda manusia sentiasa membebaskan gelombang. Gelombang positif akan menarik perkara positif datang kepada kita. Semakin tinggi fokus yang minda berikan, semakin kuat tarikan yang berlaku. Law of Universal Attraction merangsang minda supaya membebaskan gelombang positif dan menarik lebih banyak kejayaan dalam hidup kita.

3 comments.. read them below or add one

mama amir mama amir 20 Oktober 2014 8:29 PG
Terima kasih berkongsi...insya Allah, nak cari la buku ni

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.