Idolaku: Cabaran Blog 44 Hari

Idolaku. Siapa agaknya? Kali ini saya listkan idola saya. Apa yang ingin saya paparkan disini adalah idola saya dalam bidang perniagaan dan juga dalam kehidupan seharian.

Idola  saya dalam kehidupan ini ialah:



Rasullulah SAW

Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Saya sentiasa mencari gali ilmu bagaimana cara perniagaan Rasulullah SAW. Kat sini saya kongsikan serba sedikit ilmu pengetahuan yang saya ada.

Dalam perniagaan, saya cuba belajar berniaga mengikut sunnah Rasulullah SAW. Dalam perniagaan, Rasulullah SAW mengamalkan.
 
1. Keuntungan Adalah Sasaran Ke-2

Dalam perniaga, kita perlu meletakkan keuntungan bukan keutamaan. Apa yang menjadi keutamaan ialah keredhaan Allah SWT. Inilah yang Rasulullah SAW amalkan dalam perniagaan baginda.


2. Berniaga Mengikut Sunnah

Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain dan tidak pernah pula berlaku kurang jujur dengan pelanggan. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan baginda SAW sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.


Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Nabi Muhammad berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Nabi Muhammad.


Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.” Kisah ini saya petik daripada buku “Cerita Motivasi Untuk Pemimpin” keluaran PTS.
 

3. Berkata Benar dan Berlaku Jujur

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.


Pada suatu hari, Nabi Muhammad berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.

Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan.
Kemudian Nabi Muhammad menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.


“Apa ini saudara ?” tanya Nabi Muhammad. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu.


“Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Nabi Muhammad. Kemudian baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”


Jom kita contohi cara Rasulullah berniaga agar kita semua mendapat keberkatan di dunia dan akhirat…InsyaAllah..

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.