Kalau Aku Kaya: Cabaran Blog 44 Hari

Cabaran seterusnya, "Kalau Aku Kaya". Nak baut list apa agak-agak kalau saya kaya. Kalau anda, anda nak buat apa?

Ok, ini saya kongsikan lawak-lawak "Kalau Aku Kaya". Hehe. Sekadar hiburan semata-mata. Bila google je "Kalai Aku Kaya", terus keluar gambar-gambar ini. Kita layan dulu dialog kartun ni.

Hehe. Serius lawak la. Kreatif siapa yang buatnya. Sekadar hiburan di petang hari.


Lawak juga, yang ni kalau kaya nak makan roti atas jalan raya je. Hehe.

Katanya kalau dah kaya nak kahwin 4 terus, yang dipilihnya semua artis perempuan. Ini sudah terbalik dah ni. Hehe


Yang nii pula, nak bayar ptptn, nak bayar saman dan juga nak kahwin. Hehe.


Ini pula, saya listkan apa yang saya akan buat "Kalau Aku Kaya"....

1. Saya nak bawa semua ahli keluarga say tunaikan haji & umrah.
2. Saya nak derma kat rumah anak yatim, rumah orang tua dan kepada golongan yang memerlukan dengan sebanyak mungkin.
3. Saya nak bawa family shopping sampai puas.
4. Saya nak beli al-quran, telekong solat, sejadah, kain pelikat dan wakafkan pada semua surauu dan masjid.
5. Saya nak bagi RM3000 buat mak ayah belanja setiap bulan.
6. Saya nak sponsor semua perbelanjaan adik-adik yang masih belum tamat belajar.
7. Saya nak beli tanah yang luas dan bina rumah idaman. Hehe. Details DISINI --> boleh baca cerita saya pasal rumah idaman.
8. Saya nak melancong setiap tempat di dunia ni dengan suami dan keluarga,
9. Saya nak beli tanah yang luas dan bagi kat mak ayah. My mum and my dad suka sangat bercucuk tanam.
10. Saya nak langsaikan hutang belajar saya dan suami yang masih tertangguh.
11. Saya nak bagi zakat setiap bulan.
12. Saya nak buka butik pakaian wanita dan juga pakaian baby sebab itu juga salah satu minat saya.
13. Saya nak beli kereta Ford Fiesta & Mazda 2 hatchback. Ini kereta idaman saya dari dulu hingga sekarang.
14. Saya nak bina sebuah library yang penuh dengan buku-buku koleksi saya yang saya suka baca.
15. Saya nak buka company dengan suami, salah satunya akan buka restoran. 

Rasanya ini sahaja  dulu senarai yang akan saya buat "Kalau Aku Kaya".

Sekian, sehingga berjumpa lagi untuk cabaran seterusnya.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.