Rumah Idaman: Cabaran Blog 44 Hari

Dari kecil lagi dah angan-angan nak ada rumah idaman sendiri. Tak salah untuk kita memasang impian dan angan-angan. Percuma je semua tu. Lagi besar impian kita kan, lagi lagi semangat kita berusaha untuk mencapainya. Lagi satu, saya suka tampal gambar-gambar impian ni dalam buku atau pun tulis dalam buku impian apa yang saya nak.

Kali ini nak bercerita pasal rumah idaman. Rumah idaman saya gayaenglish style sedikit. Ada halaman rumah yang luas dan pagar yang simple. Banglo 1 tingkat and saya nk bina rumah ikut design saya sendiri. Saya sebenarnya tak berapa berkenan dengan rumah yang dah ready made.


Kita mula dengan bahagian luar rumah. Pagar mestilah warna putih. Jenis pagar saya suka yang simple. Halaman rumah kena ada sebab saya suka landscape. Pokok-pokok hijau, pokok-pokok bunga kat luar rumah dan ada satu gazebo. Boleh santai-santai dan rehat-rehat. Dan tambahan pelengkap, mini waterfall pun cun. Dan tambah lagi dengan ikan warna-warni.

Kat rumah idaman saya tu, saya nak ada anjung luar. Gayanya lebih kurang macam dalam gambar ni. Tambah pula dengan angin petang sepoi-sepoi bahasa. Tempat paling best lepak dengan keluarga sambil minum air teh.
bahagian anjung luar
Bahagian dalam rumah pula saya nak ada sekurang-kurangnya 6 bilik tidur dan 7 bilik air. Perabot dalam rumah idaman saya tu, saya nak warna putih. Peralatan rumah yang best, kita shopping kat ikea. Hehe.
bilik air yang simple and exclusive
Orang kata warna putih ni kena sentiasa berhati-hati sebab mudah kotor. Ada tak di kalangan anda perabot warna putih? Boleh kongsikan dengan saya macam mana cara penjagaannya?
dapur idamanku
Sekarang ni, saya tengah bayangkan duduk bersantai di rumah idaman. Alhamdulillah, syoknya.

dapur pun simple and moden
Rumah idaman anda pula bagaimana?


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.