Wish List 3 Negara Yang Teringin Nak Pergi

Kali ini kita berimpian lagi. Kali ini pasal wishlist 3 Negara yang Teringin nak Pergi. Nak melancong ke mana agaknya?

First, yang terbayang kat mata saya ialah:

1. Tanah Suci Makkah

Tanah Suci Makkah

Saya nak tunaikan umrah dan haji. Saya nak bawa suami, mak ayah dan adik-adik bersama. Bestkan dapat tunaikan haji dan umrah bersama keluarga.

2. Korea

Yang ni saya sangat addicted dengan cerita korea. Encik Suami pun sama. Latest cerita yang best kami tengok adalah The Inheritors yang Lee Min Ho and Park Shin Hye berlakon. Kat Korea ni saya teringin nak pergi Nami Island, tempat pengambaran Winter Sonata. Tapi kan, saya nak pergi masa musim spring, nampak meriah sedikit. Belanja gambar kat bawah ni, cantikkan?
Selain itu, alang-alang dah ada kat Korea ni, rugi tak singgah Lotterworld & Everland. Kedua-dua ni taman tema terkenal kat Seoul. Lotterworld banyak sediakan aktiviti indoor dan Everland pula banyak sediakan aktiviti outdoor.

Banyak lagi tempat menarik kat Korea ni, insyaallah saya akan kongsikan lain kali.

3. Holland
Holland here
Nak pergi Holland sebab nak tengok kincir dan angin bunga tulip. Sambil-sambil jejalan ni tengah-tengah deretan ladang bunga tulip yang besar.
Floating Flower Market
Kat Holland ni ada bandar cantik. Namanya Amsterdam. Syokkan kalau ada kat sini sekarang. Yang best lagi, kat Amsterdam ni ada kedai bunga terapung. Menarik. Lain dari yang lain. Kat Amsterdam juga ada canal cruises dimana kita boleh belayar melalui terusan dalam bandar tersebut.

Setakat ini dahulu tempat yang ingin saya lawati. Insyaallah mulai tahun 2016, 3 tempat ni akan saya kunjungi.

Anda pula bagaimana?

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.