Mengidam Ketika Hamil: Aiskrim Buat Ibu Hamil Gemuk Gedempol?

Sejak hamil ni, macam-macam mengidam. Orang kata mengidam ketika hamil ni perkara biasa. Betul ke? Berdasarkan pembacaan saya, mengidam ketika hamil ini disebabkan oleh beberapa sebab.

aiskrimuntuk ibu hamil
mengidam aiskrim ketika hamil
Sebab mengidam ketika hamil:

1. Bila kita hamil, kita memerlukan peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin.

2. Perubahan hormon semasa hamil juga memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.

3. Mengidam ketika hamil juga berkait rapat dengan petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien. Sebagai contoh, seorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Lagi satu, kalau mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.

Ibu-ibu semua mengidam apa ya?

Saya sekarang ni rasa mengidam nak makan aiskrim.

Sebenarnya bahaya tak ibu hamil mengidam nak makan aiskrim ni? Ibu-ibu ada pengalaman tak? Kalau ada, boleh kongsikan di ruangan komen.

Biasanya aiskrim ni sinonim dengan kanak-kanak. Ni ibu hamil pula yang mengidam. Boleh ke ibu hamil makan aiskrim? Tiada kesan buruk ke pada ibu hamil kalau makan aiskrim? Bukan ke asikrim sentiasa dikaitkan dengan gemuk gedempol?

Saya kadang-kadang gerun juga nak makan aiskrim. Ada orang kata kalau ibu hamil ni makan aiskrim, boleh sebabkan bayi dalam kandungan jadi besar? Sesiapa yang ada pengalaman boleh kongsikan dengan saya tak?

Semenjak dua menjak ni duduk telan air liur je lagi nak makan aiskrim. Banyak sangat dengar desas desus sai badan bayi jadi besar dalam kandungan nanti dan lagi satu akan ada masalah kegemukan. Tapi saya masih rasa tak puas hati. Bukan apa, sebab mulut ni dah teringin sangat nak makan aiskrim.

Jadi, saya buatlah research sedikit. Ini saya kongsikan apa yang saya dapat melalui pembacaan saya.

aiskrim enak
Telan air liur tengok aiskrim yang super sedap ini

Berita baik. Oh Yeayyyy. Hakikatnya aiskrim ni selamat dimakan oleh ibu hamil terutama yang mengidam ketika hamil. Sebabnya bahan asas untuk buat aiskrim ini adalah susu, lemak dan kalsium. Ibu hamil ni perlukan sangat semua nutrisi ni ketika hamil.

Semasa hamil, ibu perlukan sangat kalsium untuk pembentukan tulang bayi dalam kandungan dan juga menguatkan tulang ibu sepanjang tempoh kehamilan tersebut.

Seperti yang kita sedia maklum, semasa hamil ni, perlaku perubahan hormon, jadi keperluan kalsium dalam badan akan meningkat daripada biasa. Jadi, aiskrim ni salah satu sumber kalsium yang bagus untuk ibu hamil.

Tapi, ibu yang mengidam ketika hamil ni perlu ingat, bukan sebarangan aiskrim kita boleh makan tau. Ini saya kongsikan tips bagaimana nak pilih aiskrim yang betul khas untuk ibu-ibu yang mengidam ketika hamil.

  1. Pilih aiskrim yang mengandungi susu, lemak dan protein. 
  2. Tips nk beli asikrim ni, mula-mula tengok bahagian maklumat pemakanan pada label aiskrim. 
  3. Pilih yang mengandungi 207 kalori, 4 gram protein dan 12.5 lemak dalam komposisi 100 gram aiskrim. 
  4. Ibu hamil ni disarankan untuk mengambil sebanyak 2-3 cawan aiskrim seminggu.

Ibu hamil perlu berhati-hati dalam pemilihan aiskrim. Ini kerana pemilihan yang betul dapat mengelakkan masalah kegemukan sepanjang kehamilan.

Fakta aiskrim
  • Dalam bahan utama aiskrim iaitu susu ada lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, enzim-enzim, gas serta vitamn A, C dan D.
  • Susu mengandungi beberapa komponen bioaktif berupa protein susu, laktosa, asid lemak dan mineral terutama kalsium. Itu sebabnya produk-produk hasil tenusu termasuk aiskrim memberi sumbangan yang tinggi kepada kesihatan tubuh.
  • Kandungan kalsium dalam aiskrim berfungsi menjaga kepadatan tulang, mencegah osteoporosis, kanser dan hipertensi.

Untuk ibu hamil yang ada masalah kekurangan berat badan, bolehlah mengambil aiskrim dengan lebih kerap dengan tujuan untuk menaikkan berat badan bayi.

Tetapi kita pelu ingat bahawa aiskrim bukan segala-galanya. Aiskrim bukan makanan utama untuk ibu hamil. Aiskrim merupakan snek yang boleh digabungkan dengan makanan lain seperti buah-buahan segar, yogurt, roti dan juga biskut.

Sekarang ni, saya sedang mengalami morning sickness yang agak teruk je, Bila kandungan masuk 8 minggu, baru nak datang morning sickness ni.

Antara salah satu cara saya nak atasi masalah loya dan mual ni ialah dengan aiskrim. Alhamdulillah, aiskrim ni serasi dengan saya, serba sedikit boleh hilangkan rasa mual dan loya ini.

Selain itu, ibu-ibu juga boleh cuba buat aiskrim homemade. Ini saya ada kongsikan cara nak buatnya, mudah dan ringkas je. 

Resepi Mudah Buat Aiskrim Sedap

Apa-apa pun, seeloknya dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu mengenai pengambilan aiskrim sebagai makanan sampingan ketika hamil ini.

Untuk ibu mengidam ketika hamil ini, semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Sekian.

Puan Norliyana Madrus

2 comments.. read them below or add one

adk dayah adk dayah 21 November 2014 2:18 PTG
jangan kata ibu hamil jer yang ngidam tengok ais cream super duper sedap tu kak..dayah tengok pun telan air liur kot :)
Azieera TajulRahim Azieera TajulRahim 21 November 2014 4:27 PTG
kalau macam tu, makanlah aiskrim utk hilangkan rasa loya dan nak muntah! Bila kandungan dah masuk 4 bulan, jaga pemakanan utk makan benda berkhasiat. Biasanya, sy pun bila start preggy memang akan teerliur tgk aiskrim.

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.