Periksa tahap kecergasan dan kualiti tidur anda dengan Mi Band

Ingin mencari gajet yang mampu membantu anda mengawasi tahap kecergasan dan kualiti tidur anda? Gajet di pasaran terlalu mahal untuk anda? Jangan risau. Xiaomi bakal memperkenalkan gajet terbaru mereka yang dipanggil Mi Band.

Ikuti artikel berikut untuk sedikit penerangan mengenai Mi Band.








Syarikat telekomunikasi dari negara tembok besar, China iaitu Xiaomi dikatakan bakal memperkenalkan Mi Band ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.






Dipasarkan dengan  nilai $13 USD, Mi Band dikatakan bakal menarik tumpuan pengguna di Malaysia kerana ianya tampil dengan harga yang sangat berpatutan berbanding dengan fungsi yang ditawarkan.



Khabar angin pemasaran MiBand ini ke Malaysia tercetus apabila SIRIM melalui laman webnya menyenaraikan Mi Band sebagai telah melepasi pengesahan SIRIM.

Xiaomi Mi Band merupakan peranti berasaskan kepada Bluetooth, membolehkan pengguna memantau beberapa data termasuk kecergasan dan juga kualiti tidur seseorang.

Mi Band turut membolehkan anda mengakses peranti mudah-alih tanpa kata-laluan, selain turut dilengkapi dengan sokongan kalis air.

Kami meramalkan Mi Band bakal dijual dengan harga RM 50 berdasarkan harga jualannya di pasaran antarabangsa iaitu $13 USD.



Xiaomi sebelum ini tampil dengan peranti Mi3 mereka dengan menawarkan pembelian secara atas talian dan mencetuskan fenomena kerana ribuan unit habis terjual dalam tempoh yang singkat, biasanya kurang seminit dari tempoh pelancaran. 


Sumber

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.