Perut Buncit Selepas Bersalin, Buat Penat Senaman Je, Cuba Cara Ini: Mudah & Berkesan

Perut buncit selepas bersalin itu perkara normal. Bagaimana nak kempiskan perut buncit selepas bersalin? Bagaimana nak buang lebih-lebihan lemak selepas bersalin?
cara kempiskan perut selepas bersalin
Perut Buncit Selepas Bersalin?
Nak kena senaman ke? Ishhh, ni yang malas ni. No. No. No. Kali ini tak perlu buat senaman pun. Buat penat je buat senaman. Kenapa perlu buat senaman untuk kempiskan perut buncit selepas bersalin sedangkan ada cara lain yang lebih mudah dan berkesan?

Ini saya kongsikan beberapa cara kempiskan perut buncit selepas bersalin dengan cara yang mudah dan berkesan.

1. Menyusukan anak
Senagkan? Menyusu ini dapat membakar 500 kalori setiap hari. Mudah sahaja, ada 2 cara. Pertama banyakkan mengepam dan kedua direct feeding. Kelebihannya, rahim pun cepat mengecut dan membantu ibu kempiskan perut buncit selepas bersalin.

2. Minum air kosong 8 gelas sehari
Minum air kosong ni sekurangnya 8 gelas sehari. Bangun pagi, the first thing yang boleh buat ialah minum air kosong. Lagi satu, minum air suam, jangan minum air sejuk. Cubalah, insyaallah tiada lagi igauan perut buncit selepas bersalin.

3. Jangan skip breakfast
Sarapan ni paling penting. Sarapan ini dapat meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku dengan cepat. Bila pembakaran tenaga berlaku dengan cepat, maka ucapkan selamat tinggal kepada perut buncit selepas bersalin.

4. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan
Yang ni WAJIB makan 5 hidangan setiap hari kalau tak nak perut buncit selepas bersalin. Jadi, setiap masa, pastikan ada bekalan sayur dan buah sebagai snek ketika lapar.

5. Makan Yogurt 3 kali sehari
Yang ni kena pilih yogurt yang low fat dan low sugar. Kalau tersalah pilih, igauan perut buncit selepas bersalin akan jadi mimpi ngerilah jawabnya. Sekali makan 1 bekas kecil yang biasa jual tu. Yogurt ini dapat membantu masalah penghadaman (jangan lupa cari yang ada kultur hidup). Khasiat lainnya dapat menampung keperluan kalsium ibu yang menyusu.

6. Barut selama 44 hari sepanjang pantang
Paling elok, barut perut semasa pantang terutama sebelum makan. Ini kerana semasa dalam pantang, urat-urat semua kembang. Bila tak dijaga dengan baik, perut buncit selepas bersalin akan terus membuncit sebab urat-urat tak kecut dengan sempurna.

7. Kunyah makanan dengan perlahan
Amalkan kunyah makanan sehingga 40 kali dengan perlahan-lahan. Jadi, badan tak penat nak proses makanan yang besar-besar dan tak ada lagi istilah perut buncit selepas bersalin.

8. Makan at least 4 jam sebelum tidur
Yang ni kena sentiasa beringat. Kalau tak, sia-sia sahaja dan perut buncit selepas bersalin akan jadi realiti yang menggerunkan.

9. Amalkan minum jus pegaga tiap-tiap pagi. Amalkan juga minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain.

10. Bersihakn perut dengan air suam untuk buka liang-liang roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. Cara kempiskan perut selepas bersalin ini paling cantik kalau dibuat terus selepas deliver (sebelum sampai 6 bulan) sebab perut tengah lembut.

Macam mana? rajin tak nak buat 10 cara kempiskan perut buncit selepas bersalin kat atas ni? Ibu-ibu semua mesti semangat buat tau. Jangan sampai jadi igauan ngeri sudah lah ye.

Selain daripada 10 cara kat atas ni, cadangan paling mudah dan berkesan juga ialah dengan Herb Lax. Fungsi utama Herb Lax adalah untuk detox usus dan buang segala kekotoran dan toksin yang ada dalam usus. Susuli pula dengan penggunaan Omega Guard untuk kesan yang lebih baik. Omega Guard membantu dalam memecahkan lemak dalam badan.
cara kempiskan perut buncit
Sudahkan anda ambil Omega Guard anda pada hari ini?

Selain itu, ibu-ibu juga boleh sediakan air khas untuk kempiskan perut buncit selepas bersalin. Nampak segar, nak buat pun mudah. Cubalah. Mana tahu berkesan untuk perut buncit selepas bersalin anda itu.
air kempiskan perut buncit
Air Khas Untuk Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin



1 comment... add one now

Agen Bola, Agen Bola SBOBET, Agen Bola Terpercaya Agen Bola, Agen Bola SBOBET, Agen Bola Terpercaya 6 Januari 2015 3:07 PTG
Baca artikel ini jadi dapat inspirasi untuk buat artikel yang unik. Terima kasih

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.