Rambut Gugur Selepas Bersalin: Stress Suami Mengeluh Rambut Merata-rata Ketika Mengemas Rumah!!!

Masalah rambut gugur selepas bersalin menjadi lebih kerap buat golongan ibu-ibu ini. Tambah lagi stress bila suami yang mengemas rumah pula asyik mengeluh rambut gugur ada di merata-rata tempat.
syampu rambut gugur
Rambut gugur selepas bersalin

Sejak kebelakangan ini, kerap sangat suami mengeluh, "Sayang, abang tengok rambut sayang ada di mana-mana..Bila setiap kali abang sapu rumah, cuci bilik air, wajib abang mengumpul rambut-rambut sayang..Masa mengandung dulu, sehelai rambut gugur pun susah abang nak nampak tau. Kenapa??"

Ya, tak dapat nak dinafikan bahawa rambut gugur selepas bersalin semakin teruk. Tambahan lagi untuk yang berambut panjang, lagilah ketara keguguran rambutnya.

Melalui pembacaan saya, rambut gugur selepas bersalin ni normal. Ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon selepas bersalin.

Ketika kita hamil, tahap hormon estrogen meningkat, jadi hanya sedikit sahaja rambut gugur setiap hari. Walau bagaimanapun, selepas bersalin, tahap hormon estrogen menurun. Jadi, lebih banyak rambut gugur selepas bersalin ketika mandi atau ketika menyikat rambut.

Jadi, apa yang harus kita lakukan untuk mengelakkan rambut gugur selepas bersalin terus berlaku sehingga menyebabkan kepala kita botak? Takkan nak tunggu botak dulu baru nak bertindak?

1. Gunakan sikat rambut yang bergigi jarang untuk elakkan masalah keguguran rambut semakin teruk.

2. Cuci rambut dengan menggunakan syampu yang bebas bahan kimia dan dapat membantu merawat masalah keguguran rambut.

3. Elakkan daripada membuat rawatan rambut di saloon. Ini kerana bahan kimia dalam rawatan rambut boleh memburukkan lagi keadaan.

4. Keringkan rambut dengan segera. Elakkan daripada membungkus rambut dengan tuala. Cara membungkus rambut dengan tuala.

5. Elakkan penggunaan alat pengering rambut. Jika nak gunakan juga alat pengering rambut, pastikan guna pada suhu yang tinggi untuk bago rambut cepat kering. Penggunaan pengering rambut pada suhu yang rendah dapat meningkatkan lagi risiko rambut mudah rosak kerana mengambil masa yang lama untuk mengeringkan rambut.

6. Ikat rambut apabila rambut telah betul-betul kering.

7. Amalkan makan vitamin untuk elakkan keguguran rambut.

Selain amalkan tips di atas, kita juga boleh kawal masalah rambut gugur selepas bersalin ini dengan amalan pemakanan yang sihat dan betul. Antara makanan yang dapat membantu  mengurangkan masalah keguguran rambut ialah:

1. Telur dan Ikan
Rambut kita ni sebahagiannya dari protein. Jadi, memakan sumber yang kaya dengan protein seperti telur, ikan, daging ayam dapat mencegah kerosakan dan juga keguguran rambut. Ikan seperti ikan salmon merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

2. Makanan Laut
Makanan laut seperti kerang, udang dan tiram mengandungi kandungan zink yang tinggi. Kandungan zink ini dapat mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Zink juga turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

3. Buah-buahan segar
Amalkan selalu makan buah-buahan segar seperti epal, oren, pisang dan sebagainya. Buah-buahan segar ini memberikan khasiat pada tubuh badan untuk mengurangkan keguguran rambut.

4. Sayur-sayuran hijau
Sayuran hijau ni kita pilih bayam dan brokoli. Sebabnya tinggi dengan kandungan Vitamin A dan C. Vitamin diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

5. Air Masak
Kena minum air masak ni sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini kerana air masak dapat membatu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

6.  Tauge
Tauge pun boleh kurangkan rambut gugur ke? Tauge ni ada gizi yang kita sebut sebagai silika. Silika ni penting untuk memelihara kesihatan rambut. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baru yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

7. Buah kering dan kekacang
buah kering dan kekacang ni mengandungi zat besi, biotin dan sulfur. Mineral ini menjadi sumber vitamin E yang dapat meningkatkan peredaran darah pada kulit kelapa dan inositol yang dapat mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga dapat mencegah keguguran.

Supplement yang boleh membantu untuk mengurangkan masalah rambut gugur selepas bersalin ialah:

3 vitamin utama adalah:
ESP : ESP adalah serbuk protein. Kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa kita makan cukup protein agar rambut tumbuh lebih cepat dan sihat. Amalkan juga makan sumber makanan yang kaya dengan protein seperti telur, ikan, ayam.

Bcomplex: 
Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. Bcomplex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang.

Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamain B6 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur.

Zink: 
Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut.

Dan syampu untuk mengatasi masalah rambut adalah Revitilizing Shampoo. Istimewanya syampu ni ia adalah bebas paraben, bebas SLS. Pengalaman sendiri, bila lepas guna shampoo ni rambut terasa sangat lembut dan kepala pun jadi ringan. Semasa syampu memang selai dua je rambut yang gugur berbanding bila guna syampu yang lain.

Memang best!! dan terbaik!!


Berminat untuk order set rambut gugur selepas bersalin atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi saya disini. Saya sedia membantu anda....

Untuk ibu-ibu yang sedang berpantang, boleh juga amalkan Set Bersalin Shaklee: Kebaikan Untuk Ibu Berpantang



0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.