Ubat Kuat Rahim KHAS Untuk Ibu Hamil Yang Sentiasa Keguguran

Wanita yang mempunyai rahim yang tidak kuat akan mengalami masalah spoting pada awal kehamilan. Pada masa inilah mula tercari-cari ubat kuat rahim. Masalah spoting ini sering berlaku kepada wanita yang pernah ada sejarah keguguran sebelum ini.

Masalah rahim tidak kuat juga berlaku kepada diri saya sendiri. Bila berlaku masalah spoting, saya nasihatkan mummy semua jangan cepat panik. Tindakan pertama yang perlu diambil ialah cepat-cepat pergi ke klinik swasta. Sebab kalau pergi klinik kerajaan, mereka cuma buat ultrasound dan minta bedrest sahaja.

Bila berlaku masalah spoting ni, tak dapat dinafikan saya mula-mula panik juga. Tapi, saya cepat-cepat terjah klinik swasta. Bila buat ultrasound, kantung kandungan saya masih elok tapi kelihatan lemah. Pada masa ini, kandungan baru berusia 6 minggu.

Doktor nasihatkan saya supaya banyak berehat. Dalam keadaan ini, saya didiagnosis sebagai "threatening abortion". Doktor bagi ubat kuat rahim (Utrogestan) ini dalam 6 biji kat saya, Kena makan 2 kali sehari. Ubat ini agak mahal juga.
Ubat Kuat Rahim (Utrogestan)
Doktor bagi ubat ini untuk kuatkan rahim. Nasihat doktor walaupun makan ubat, still tak boleh buat kerja berat. Doktor sarankan supaya bedrest sahaja.

Bila ubat ini dah habis, saya stil rasa ragu-ragu lagi. Walaupun sopting dah hilang tapi hati ni rasa tak sedap takut spoting ni datang balik. So, saya pun decide nak pergi klinik lain pula. Bila pergi klinik lain, doktor bagi ubat kuat rahim (Duphaston) pula. 
Ubat Kuat Rahim (Duphaston)
Antara aktiviti harian yang doktor sangat larang saya lakukan ialah aktiviti turun naik tangga, berjalan dengan kerap, memandu kereta dan mengangkat barang-barang berat.

Bila makan ubat ini, dalam masa 3 hari, spoting dah tak ada dah. Bila dah tak ada, saya rasa semakin sihat. Mulalah saya daki tangga rumah, masak kat dapur. Tak lama lepas tu, ada spoting balik. Cuak pun ada, habis kena bebel dengan keluarga.

Bila spoting ada balik, saya pun sebenarnya rasa takut juga. Selepas itu, saya pun stop buat semua kerja. Saya hanya bedrest sahaja. Kerja-kerja rumah semua Encik Suami yang buat. Kesian pula tengok Encik Suami, balik kerja penat-penat, nak kena masak lagi, nak kena jaga saya lagi.

Buat mummy yang mungkin ada spoting (if mummy perasan), tanda-tandanya ialah ada darah sedikit warna coklat pekat.

Ubat kuat rahim ini ada yang jenis injection juga tapi saya tak ambil. Ubat yang jenis injection ni kawan saya yang ambil. Kawan saya ni alami spoting selepas buang air kecil.

Selain itu juga, saya amalkan ESP Shaklee untuk kuatkan rahim.Selain amalkan ESP Shaklee, saya amalkan Vitamin Set Ibu Hamil Shaklee.

Alhamdulillah, selepas 2 minggu amalkan ubat kuat rahim dan ESP, spoting dah hilang. Bila scan baby dah 8 minggu dan kantung baby pun dah terbentuk dengan baik. Syukur alhamdulillah.


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.