3 Aplikasi iOS wajib untuk ibu mengandung!

Pengalaman menjadi ibu buat kali pertama tentu sekali mengujakan. Kebiasaannya, ibu kitalah yang menjadi rujukan untuk kita bertanyakan apa jua persoalan mahupun masalah yang timbul.

Disamping itu, ada juga kalangan kita yang sanggup membeli buku-buku dan majalah kekeluargaan untuk mendapatkan panduan serta info yang boleh membantu kita belajar lebih mendalam tentang penjagaan bayi kita.

Jadi untuk entri kali ini, Yana mahu berkongsi bersama pembaca sekalian 5 Aplikasi iOS yang sesuai untuk dimuat turun ke dalam peranti iPhone anda. Aplikasi ini banyak membantu Yana dalam mengenali simptom-simptom alahan, selain banyak membantu Yana dalam mengamalkan diet pemakanan yang baik bagi menjaga kandungan. Chekidout


.
.



PERINGATAN: Artikel ini hanyalah sebuah perkongsian dari penulis semata-mata. Sekiranya anda memerlukan nasihat perubatan, sila rujuk doktor peribadi atau bidan (yang bertauliah) sebelum mengamalkan apa jua tips dan perubatan yang mungkin disyorkan oleh aplikasi ini.


.
.

1. I'm Expecting

Aplikasi pertama yang Yana cadangkan adalah I'm expecting.

Keistimewaan app ini adalah ia boleh membantu anda menghitung usia kandungan dan memberikan jangkaan masa bersalin. Aplikasi ini turut membolehkan anda belajar mengenai simptom yang bakal dihadapi semasa hamil, malah anda boleh menonton video menarik yang disediakan oleh pereka aplikasi. Anda juga boleh turut menyertai komuniti ibu mengandung mengikut usia anda.





2. Baby bump.

Baby bump mempunyai 2 versi yang berbeza iaitu versi Percuma dan Berbayar. Untuk pembaca yang tidak sukakan iklan, anda boleh memuat turun versi berbayar.

Keistimewaan apliaksi ini adalah, ia membolehkan anda menyimpan koleksi gambar semasa anda hamil. Ini tentu sekali merupakan suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan dan aplikasi ini membolehkan anda merakam setiap memori indah ini! Selain itu, aplikasi ini turut membolehkan anda berkongsi bahan bacaan ke media sosial anda.





3. What to expect. (Recommended)

Bagi ibu yang tercari-cari satu aplikasi yang terbaik, Yana mengesyorkan anda untuk memuat turun aplikasi yang bernama "what to expect" ini.

Aplikasi ini mempunyai paparan dan rekaan yang cantik, smooth serta sangat stabil. Disamping itu, bagi Yana ianya merupakan hybrid antara dua aplikasi di atas, dan sangat sesuai sekiranya anda tidak mahu iPhone anda terlalu semak dengan pelbagai aplikasi.

Selain itu juga, para pengguna aplikasi ini boleh mendapatkan info tambahan berguna daripada journal yang sudah sedia terbina didalam aplikasi ini.




2 comments.. read them below or add one

Maria Hasun Maria Hasun 12 Februari 2015 11:15 PG
I hope I dpat rasa pengalaman nie ;')

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.