Menu Petang Bersama Resepi Doraemon

Hari ini teringin nak makan kuih doraemon atau nama lainnya kuih dorayaki atau pun japanese pancake. Kalau kat Kelantan ni, mana nak cari kuih ni agak-agaknya? Puas dah try cari tapi tak jumpa.

Sedapnya melting punya coklat kat dalam tu...


Google punya google, rupa-rupanya tak adalah susah sangat nak buat kuih dorayaki ni. Ini Yana kongsikan resepi untuk 10 biji dorayaki. Update resepi dulu ye, petang nanti insyaallah baru nak ajak Encik Hubby shopping bahan-bahan dorayaki.

Kuih Dorayaki:

Bahan-bahan:
100gm tepung kek atau tepung gandum
60gm gula halus
1/2 sudu kecik baking soda
2 biji telur
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanila

inti: letakkan coklat nutella ketika dorayaki masih panas dan telangkup

Cara-cara:
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan baking soda yang telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik.
4. Panaskan kuali yang tidak melekat, masukkan 1/4 cawan adunan dan buatkan bulat.
5. Masak adunan sehingga perang atas dan bawah.
6. Letakkan coklat nutella ditengah-tengah sebiji pancake. Tekan untuk ratakan coklat yang telah cair. Siap untuk dimakan. 

Untuk mummy yang tak ada idea nak masak apa untuk menu minum petang ni, boleh lah cuba buat kuih doraemon ni. 

Selamat mencuba. 

2 comments.. read them below or add one

adk dayah adk dayah 10 Februari 2015 1:01 PTG
dayah pernah buat ni untuk kelas bisnes..hehe

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.