Minggu ke 21 pregnancy dan pregnancy pillow

Assalamualaikum wbt dan Hai...

Hehe. Lama betul Yana tak menconteng disini. Errr... bila tengok balik last post di blog, terkejut bilamana last post bertarikh pada November 2014. Hampir 3 bulan tak berusik.

.
Berada di minggu ke 21 pregnant, Alhamdulillah kandungan masih sihat. Cuma bila buat check-up di hospital semalam, HB level sangat rendah iaitu 8.8. Apa lagi, terpaksalah Yana dengar doktor bersyarah tentang perlunya mengambil zat besi dan makanan yang kaya Zat besi.

Oh ya, pregnancy pillow yang ditempah pada bulan 12 2014 telahpun selamat sampai last week. Apa itu pregnancy pillow? Untuk pengetahuan anda, pregnancy pillow turut dikenali sebagai maternity pillow. Secara ringkasnya, pregnancy pillow ini dicipta untuk ibu mengandung dimana ianya bakal memberikan sokongan tambahan kepada bahagian belakang tubuh ibu dan berkesan untuk mengurangkan sakit belakang.


Jenis Pregnancy Pillow

Sebelum Yana membeli pregnancy pillow ini, Yana ada buat sedikit carian di google dan turut bertanyakan kepada rakan-rakan yang sedia/telah menggunakan pregnancy pillow.

Pregnancy Pillow mempunyai 2 jenis, iaitu berbentuk U dan G. Setelah Yana membuat kira-kira, Yana akhirnya setuju untuk membeli maternity pillow yang berbentuk U.

Macam mana rupa pregnancy pillow?

.
.

Pregnancy Pillow berbentuk U
Ha, inilah rupanya pregnancy pillow. Ianya turut sesuai digunakan untuk suami mengandung..hehe..



  • Cara menggunakan pregnancy pillow.



Caranya tidaklah sesukar mana. Letak je di atas katil dan kita just baring sahaja di tengah-tengah bantal. Menggunakan pregnancy pillow ini sangat mudah dan anda tidak lagi perlu menggunakan bantal sedia ada.

Jujur Yana bagitahu, sakit-sakit belakang kini berkurangan. Pregnancy pillow boleh didapati dengan pelbagai range harga semurah dari RM 130-200. Untuk mencarinya, anda boleh ke laman instagram dan type hashtag '#' "#maternitypillow" dan ramai peniaga insta yang menawarkan pregnancy pillow ini.


Pregnancy pillow turut dikenali sebagai maternity pillow.





5 comments.. read them below or add one

Maria Hasun Maria Hasun 9 Februari 2015 2:28 PTG
utk yg x pregnny pun boleh pakai kan. . hehe jaga kandunagn tu sis
Muhammad Faris Izzat Mohd Latfi Muhammad Faris Izzat Mohd Latfi 9 Februari 2015 3:25 PTG
haah. sebenarnya hubby sis liyana ni tak pregnant pun.haha.

sebenarnya bantal ni elok untuk orang yang ada sakit2 belakang.

dan Angka kajian menunjukkan 97% orang yang mempunyai laptop mempunyai simptom sakit belakang
Eellee Nana Eellee Nana 9 Februari 2015 4:50 PTG
Tq sis.

Actually Bantal ni bagus untuk sesiapa especially wanita berkerja ke surirumah ke yang ada sakit belakang.

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.