Awas! Bahaya Ubi Kentang Hijau!

Ubi kentang ada ke warna hijau? sebelum ni, beli tak perasan lah pula warna apa. Kalau tak silap warna kuning kot. Entah lah, lupa pula.
Jangan main ingat lupa ye semua. Ubi kentang yang warna hijau ni sangat bahaya. Kenapa ada ubi kentang warna hijau? Tak masak lagi ke? Ubi kentang yang bahaya ini ialah ubi kentang yang ada tompokan hijau macam gambar kat bawah ni.
Kenapa ubi kentang ada tompokan hijau pula?
ubi kentang yang terdedah lama kepada cahaya matahari
Apabila ubi kentang di ladang terdedah lama kepada cahaya matahari, warna hijau akan terhasil pada ubinya.
jelaskan nampak kesan hijau kat ubi kentang
Warna hijau itu adalah solanina (solanine), sejenis toksik yang terhasil dalam famili tumbuhan Solanacea. Ia boleh menyebabkan keracunan bagi sesiapa yang termakannya. 
Bahaya tau, jangan main-main.
Jadi, apabila melihat ubi kentang berwarna hijau di kedai, jangan beli, pilih ubi kentang yang kuning keseluruhan kulitnya. Kalau dah terbeli tu, cepat-cepat buangkan tau. Amalkan pemilihan makanan sihat untuk keluarga dan diri kita.
Sumber : MARDI

4 comments.. read them below or add one

Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof 19 Mac 2015 9:19 PG
baru tau pasal ni..lepas ni kalau beli kena check betul²
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 19 Mac 2015 11:08 PG
kena perhati betul-betul lah ni gamaknya lepas ni...
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad 26 Mac 2015 1:51 PTG
ooo... baru sy tahu... trm kasih ya info ni
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad 26 Mac 2015 1:51 PTG
ooo... baru sy tahu... trm kasih ya info ni

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.