Ibu Menyusu Asyik Mengeluh: Sakit Tulang Belakang & Lenguh Badan, Apa Nak Buat?

Haaa...ni pun mak-mak selalu alami masalah begini, tengah menyusu anak sambil baring, bangun-bangun je tangan kebas., tengah nak tidurkan anak, bangun-bangun je sakit pinggang.

Sinonim dengan title ibu menyusu ialah sakit belakang dan lenguh-lenguh badan. Sering kali golongan mak-mak ini mengeluh.

Apa nak buat?
ouchhhh, sakit tulang belakang yang teramat!
Saya tak ada pengalaman lagi dalam menyusukan anak memandangkan saya baru hamil anak pertama. Walau bagaimanapun, kat sini saya nak kongsikan bagaimana ibu muda ini dapat atasinya dengan mudah gejala yang seing buat ibu menyusu mengeluh iaitu sakit tulang belakang dan lenguh badan.

Tambahan lagi, ibu muda ini ada masalah kekurangan kalsium sampaikan gigi anak susuannya ada decay. Akibat kurang kalsium juga, ibu muda ini mengalami sakit pinggang masa nak duduk, sakit tulang belakang masa nak bongkok, tak mampu nak dukung anak walaupun anak baru beberapa kg dan badan jadi lenguh walaupun pada ketika itu beliau baru sahaja berumur 26 tahun.

Alhamdulillah, sekarang dah setel. Sama-sama kita tengok apa yang ibu muda ini buat.



Saya sekarang yang hamil anak pertama pun mendapat kesan akibat kekurangan kalsium. Gigi geraham saya mencucuk sakit. Sakit tulang belakang dan lenguh-lenguh badan apatah lagi.

Haa..simptom-simptom inilah yang mak-mak alami, bermula dari mengandung lagi sehinggalah kepada menyusu. 

Tengah menyusu anak, sambil baring, bangun je tangan kebas. 

Tengah nak tidurkan anak, bangun je sakit pinggang.

Semasa menyusu, ibu muda ini suka mengiring, Bila mengiring, support kepala dengan tangan. Lama-lama tangan sakit sangat dan kebas. Tanpa sedar, ada benjolan kat tangan.

Anak pula tumbuh gigi masa umur 5 bulan, gigi dah start decay padahal belum makan solid lagi.

Apa nak buat?

Kebanyakan mak-mak ini termasuk saya terlepas pandang tentang kepentingan kalsium ini. Maklum lah, bila pergi klinik, ibu hamil hanya dibekalkan dengan zat besi, vitamin c dan asid folik. Walau bagaimanapun, jangan lupa, kalsium juga tidak kurang pentingnya.

Kat mana nak dapat kalsium ini?

Kalsium ini terdapat dalam susu dan juga makanan seperti keju dan yogurt. Banyak di kalangan mak-mak ini tak ambil peduli tentang kalsium dalam diet harian. Sebabnya, ada yang tak suka rasa dan bau susu. Ada juga yang minum susu terus muntah.

Apa yang ibu muda ini buat?

Ibu muda ini cuba kalsium shaklee. Alhamdulillah, decay gigi anaknya stop sampai 4 batang gigi sahaja. Sebelum tu, semasa mula-mula ambil kalsium shaklee ni, sakit pinggang hilang, tangan pun dah ok.

Semasa umur anaknya 1 tahun 5 bulan, ibu muda ini mengandung lagi. Masa ni, ibu muda ini tambah vitalea, b complex dan vitamin c disamping teruskan juga kalsium shaklee. Alhamdulillah, tak rasa dah sakit pinggang, badan pun dah tak lenguh semasa mendukung anak.

Alhamdulillah, ini kesan yang ibu muda ini alami. Saya sekarang pun sedang amalkan set hamil shaklee. Saya ambil:
  • vitalea
  • b complex
  • vitamin c
  • ostematrix (kalsium shaklee)
  • ESP
  • omega guard


Alhamdulillah, saya rasa sangat bertenaga dan cergas. Lenguh-lenguh badan pun beransur hilang dana dapat tidur dengan lena.


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.