Tips Mudah Buat Lantai Rumah Bersih & Berkilat

Satu masalah yang sering melanda surirumah macam saya ni ialah nak bagi lantai yang kita lap tu bersih lagi berkilat.

Ibu-ibu perasan tak lantai kat hotel-hotel dan shopping complex nampak lebih berkilat kalau nak banding dengan lantai kat rumah kita. Apa sebabnya ye? Mungkin mereka pakai bahan pencuci yang ‘special’. Hmm.. harganya tentu mahal lah kot…
Kali ini yana nak kongsikan satu tips mudah nak buatkan lantai nampak lebih berkilat. Kalau ada sesiapa yang berminat nak ‘menyerlahkan’ lagi lantai kat rumah tu bolehlah dicuba tips ini. 
Di sini yana kongsikan tentang tips untuk lantai kelihatan bersih dan berkilat.
1. Jerang air sehingga mendidih
2. Ambil sehelai kain batik
3. Rendamkan kain batik ke dalam baldi yang dah di letakkan air panas tadi
4. Ambil penyepit sudu di dapur angkat kain yand di rendam tadi ke dalam sinki biarkan seketika dan perah
5. Lap lantai rumah dan pastikan kipas di buka agar lantai cepat kering
6. Lap lantai dengan cara gunakan tangan mahupun kaki seperti style Jepun
7. Bagi yang nak menggunakan mop pun boleh tapi pastikan gunakan mop yg tak bercampur dengan mop di dapur.
8. Kalau guna mop memang kita akan kena lap semula dengan kain TETAPI kalau lap dengan menggunakan kain batik dan air panas terus tak perlu ya.

Selamat Mencuba.

Perlu ke mop lantai hari-hari? Bagi yana, tak perlu pun kena mop lantai selalu. Paling elok kita mop lantai ni selang sehari. Seminggu sekali pun ok.

Selain itu, boleh juga cuba gunakan  Basic H Shaklee untuk mengemop lantai supaya lantai jadi bersih berkilat dan yang penting tiada bahan kimia.


Kelebihan mengemop ni, selain lantai jadi bersih dan berkilat, ia juga merupakan senaman semulajadi yang dapat membakar kalori dalam badan kita ni. Jangan tertekan tau semasa mengemop tu. Lakukan sepenuh hati sambil dengar muzik atau lagu kegemaran.

Cubalah!

Rumah bersih suami sayang anak pun girang.

* Bagi yg nk kongsikan dengan kawan2, ahli yang lain serta adik beradik dan saudara mara .. Silakan share ya. *

Dah habis baca tips  mudah  lap lantai rumah sehingga bersih dan berkilat ni? Tunggu apa lagi! Jomlah kita lap lantai rumah kita. Persekitaran yang bersih dan cantik dapat menghasilkan aura yang positif di rumah kita. Lagipun kebersihan itu sebahagian dari iman kan? Betul tak?


Sebelum entri ini berakhir, mari yana belanja kisah ibu yang supermom superb duperb busy tapi masih mampu berbisnes.

Jom kita tonton video 2 minit ini. Rugi tau tak tengok 

Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes

2 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 17 April 2015 9:46 PG
akak pun pernah kongsikan tips ni dulu...he he he... salam jumaat dear...
Eellee Nana Eellee Nana 17 April 2015 10:15 PTG
yup akak, senang kan tips ni, nampak berkilat lantai :)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.