5 Cara Mudah Menyimpan Susu Ibu Dengan Betul

Semenjak mengandung ni,Yana banyak baca buku, baca kat laman web berkenaan dengan parenting dan juga penyusuan susu ibu. Maklumlah banyak benda nak kena belajar. Antara yang menarik perhatian Yana untuk dikongsikan di sini ialah cara menyimpan susu ibu dengan betul.

Yana rancang nak menyusukan baby nanti sehingga umur 2 tahun. Doakan Yana berjaya.

5 Cara Mudah Menyimpan Susu Ibu Dengan Betul

Simpan susu dalam bekas yang dibasuh dan disteril yang ditutup dengan rapat
1. Simpan susu di bekas yang dibasuh dan disteril yang ditutup dengan rapat

Pilihan bekas kaca dan plastik adalah pilihan yang baik untuk membolehkan anda menyimpan susu lebih lama.

Pilihan Bekas:

Plastik : Mestilah memilih bekas plastik yang tebal dan kedap udara. Jangan gunakan bekas plastik biasa seperti contoh bekas aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan kualiti susu.

Kaca : Bekas Kaca adalah pilihan yang terbaik kerana mudah untuk dibasuh dan disteril.

Syoknya baby menyusu
2. Suhu yang sesuai

Susu ibu boleh bertahan sehingga tiga ke lima hari di dalam peti ais. Walau bagaimanapun kegunaan peti ais yang sering digunakan juga untuk bahan-bahan mentah yang lain jadi anda digalakkan tidak menyimpan melibihi dua hari.

Susu ibu boleh bertahan dua hingga empat jam pada suhu bilik selepas di pam.

Bonding time ibu dan baby
3. Sentiasa melabel susu mengikut tarikh dan masa susu diperah

Susu segar mempunyai banyak ciri perlindungan berbanding susu beku. Jadi jika bersama bayi kerapkan menyusu badan dan hanya memberi susu beku ketika bayi di bawah jagaan pengasuh.

Jangan isi susu terlalu penuh dalam bekas

4. Jangan isi terlalu penuh susu di dalam bekas

Tinggalkan ruang sedikit bagi membolehkan susu mengembang ketika ia dalam proses pembekuan.

Simpan susu dalam kuantiti yang mencukupi untuk sekali penyusuan dalam satu bekas. Sebagai contoh, 2 – 4oz sahaja bagi setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

Hai baby, kenapa kiut sangat?
5. Pengunaan yang betul

Jangan panaskan susu ibu melibihi suhu 40°c agar sebahagian besar susu ibu tidak hilang dan dapat dikekalkan.

Susu yang sudah dipanaskan tidak boleh disimpan semula atau dibekukan.


Ini pula video perkongsian ibu bekerja yang berjanji dan berazam nak susukan bayinya sehingga 2 tahun. Ikuti perkongsian dari beliau cara tambah susu badan supaya tak panik anak menangis kelaparan.



0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.