5 Makanan Berkhasiat Semasa Hamil Supaya Ibu & Bayi Sentiasa Sihat

Sepanjang hamil 9 bulan ini, ibu hamil dinasihatkan untuk makan makanan yang berkhasiat. Bukan lama pun, 9 bulan je. Ini untuk bayi dalam kandungan juga.


Orang kata apa yang kita makan, itulah yang baby makan. Kalau kita makan maggi, maggi lah yang Anak kita makan. Kesian kat baby. Sepanjang 9 bulan hamil ni, cuba lah untuk makan makanan yang berkhasiat. Kata kan tidak pada fast food dan junk food.

Berikut yana kongsikan 5 makanan berkhasiat yang wajib ibu hamil tahu dan amalkan dalam menu seharian.

1. Telur

Setiap pagi yana amalkan makan sebiji telur yang direbus atau omelet yang dibuat daripada 3 telur putih & 1 kuning telur.

Semasa kita hamil, kandungan choline (vitamin C yang meningkatkan perkembangan otak & ingatan) semakin berkurangan. Jadi, pengambilan telur dapat menyelamatkan keadaan kerana kuning telur mengandungi kandungan choline yang tinggi. Tapi, hati- hati tau, jangan ambil berlebihan pula.

2. Buah Oren

Yana akan pastikan setiap hari makan buah Oren. Bukan apa, sekiranya kita terkena selesema atau batuk semasa hamil ni, kita akan terdedah kepada risiko terkena pneumonia atau bronchitis sebanyak 5 kali ganda. Kenapa buah Oren? Sebab Oren adalah salah satu buah yang mengandung vitamin C yang tinggi untuk tingkatkan imun sistem kita.

3. Yogurt

Setiap hari yana amalkan makan yogurt. Yogurt perisa strawberi atau pun yogurt plain yang dicampur dengan buah-buahan segar seperti kiwi, strawberi, blueberi. Yogurt kaya dengan zink iaitu mineral asas untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu. 

Zink dapat membantu pembentukan DNA baby. Selain susu, yogurt juga kaya dengan sumber kalsium yang membantu perkembangan tulang baby. Yogurt yang mengandungi bakteria baik yang membantu proses penghadaman dan boost imun sistem kita.

4. Bawang putih 

Yana amalkan letak banyak-banyak dalam sup. Bawang putih mengurangkan risiko terkena kancing gigi dan tekanan darah tinggi semasa hamil.

5. Salmon

Ia adalah sumber terbaik DHA, asas kepada asid lemak omega 3 yang sangat penting untuk perkembangan otak dan nervous sistem janin kita. Kajian ada menyatakan bahawa pengambilan ikan yang banyak semasa hamil boleh meningkatkan daya pemikiran bayi kita.

Pastikan ambil ikan yang kandungan merkurinya rendah. Walaupun salmon mengandungi kandungan merkuri yang rendah, kita juga harus kawal pengambilannya. Hadkan kepada 12ounce je seminggu.

Selain amalkan 5 makanan berkhasiat di atas, yana amalkan pengambilan set kehamilan yang semulajadi, selamat dan berkesan! Pengambilan set kehamilan ini juga penting untuk menampung balik gizi harian kita yang lompang-lompang akibat termusnah semasa proses memasak. 

Apa yang boleh kita lakukan ialah ikhtiarkan yang terbaik untuk kesihatan kita dan juga anak dalam kandungan. Insyaallah Allah akan bagi yang terbaik untuk kita.

Macam mama sorang ni, kagum yana dibuatnya. Jom klik dan tonton video 1 minit ini.

Semoga bermanfaat untuk semua.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.