8 Cara Mudah Hilangkan Parut Jerawat Tanpa Bahan Kimia

“Sakitnya hati bila jerawat timbul lepas tu ada parut hodoh ni. Bukan senang nak hilangkan parut ni. Ish..”

Berhenti mengeluh!

Kehadiran jerawat memang akan meninggalkan parut hodoh untuk tempoh yang lama, yang pastinya akan membuatkan kita risau dan rasa rendah diri.



Kecacatan kulit yang jelas seperti ini adalah umpama mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja. Tetapi masalah ini selalunya boleh diselesaikan dengan sedikit usaha dan masa.

Jangan malas! Ini paling penting. Nak cantik mana boleh malas!

Jom ikuti cara mudah untuk hilangkan parut jerawat, yang kita boleh lakukan sendiri dirumah tanpa bahan kimia.

Cara 1 : Ikuti satu regimen kulit

Cara 1 : Ikuti satu regimen kulit
Ikuti satu regimen kulit. Selalunya kulit yang mudah berjerawat adalah daripada jenis “normal atau berminyak”, gunakan regimen kulit yang mengandungi pembersih dan penyegar dengan produk-produk yang sesuai dengan jenis kulit kita. Bersih dan segarkan kulit muka kita sebelum kita keluar pada waktu pagi dan sebelum tidur.

Cara 2 : Buat masker menggunakan ubi kentang mentah

Cara 2 : Buat masker menggunakan ubi kentang mentah
Buat masker muka menggunakan parutan ubi kentang mentah dan gunakannya dua atau tiga kali seminggu. Ianya cukup mudah. Hanya gosokkan sedikit parutan kentang pada kulit dengan parut jerawat, biarkan ia kering dan basuh. Sangat berkesan untuk semua jenis parut.

Cara 3 : Gunakan pelembab wajah

Cara 3 : Gunakan pelembab wajah
Tidak bermakna kita mempunyai kulit berminyak, kita tidak memerlukan pelembab pada wajah. Penting untuk anda tahu, Vitamin E amat bagus untuk memudarkan cela pada kulit. Gunakan pelembap kulit yang ringan dan tidak membuat pori tersumbat.

Cara 4 : Buat Tepung L-Askorbik dan Masker Muka Gliserin

Cara 4 : Buat Tepung L-Askorbik dan Masker Muka Gliserin
Kita akan lihat perbezaan yang ketara dalam masa dua minggu kerana kandungan L-Askorbik mampu menghilangkan cela dan parut sekaligus mencerahkan kulit kita.

Cara 5 : Sentiasa gunakan pembersih dengan pH yang seimbang

Gunakan pembersih yang bersesuaian dengan kulit kita untuk memastikan kulit kita bersih pada setiap masa. Lebih bagus jika anda peka dengan kandungan pH pada pembersih yang kita pilih.

Cara 6 : Minum banyak air
Cara 6 : Minum banyak air
Ini memang sangat penting iaitu minum 8 gelas air sehari. Penghidratan yang menyeluruh adalah bagus untuk semua jenis kulit dan menjadikan kulit kita berseri.

Cara 7 : Minum jus sayur-sayuran untuk kulit yang sihat

Cara 7 : Minum jus sayur-sayuran untuk kulit yang sihat
Minum segelas jus sayur-sayuran dengan limau nipis segar, tiga kali seminggu. Ia menjadikan kulit kita sihat, berat badan terkawal dan akhirnya memberikan kita kulit yang hebat, jika kita menjadikan ianya sebagai minuman harian.

Cara 8 : Minum teh hijau

Cara 8 : Minum teh hijau
Minum dua hingga tiga cawan teh hijau sehari. Ia mengeluarkan toksin daripada badan kita dan ia juga bagus untuk mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata dan kulit kusam.

Video kat bawah ni Kak Jan dari Terengganu mula ditumbuhi jerawat selepas salah pakai product. Entah apa bahan yang terkandung dalam produk yang dipakainya. Kak Jan terima habuan. Jerawat penuh di muka. Jom kita lihat cerita lanjut Kak Jan dan apa Kak Jan buat setelah 7 tahun menderita jerawat.


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.