8 Tips Mudah Merahkan Bibir Tanpa Lipstick Merah Menyala!

Untuk wanita, untuk perempuan, untuk gadis, baca ye, jangan tak baca.

Dulu, masa mula-mula meningkat remaja, mak Yana larang keras pakai lipstick or gincu bibir ni, katanya jangan ajar pakai, nanti bibir jadi hitam.

Tapi, bibir yang hitam ni boleh terjadi kalau kita pakai lipstick tanpa penjagaan yang khusus.

Lama-lama bibir kita akan jadi kusam dan gelap. Takkan lah setiap masa nak kena toreh lipstick merah kat bibir kan?

8 Tips Merahkan Bibir

Kali ini, Yana nak kongsikan tips untuk dapatkan bibir yang merah menyala tanpa perlukan lipstick tau. Tips nya guna bahan semulajadi sahaja.

Mentega

Mentega 

Jangan ada yang tak tahu, mentega buka sahaja digunakan dalam nak buat kek je, mentega juga mempunyai khasiat yang bagus untuk mendapatkan bibir merah secara semulajadi.

Oles sedikit mentega pada atas bibir dengan rata. Amalkan sebelum pada waktu malam sebelum tidur.

Minyak Zaitun

Minyak zaitun

Sebelum pakai minyak zaitun ni, pastikan dulu bibir kita ni bersih dari kesan lipstick.

Kemudian campurkan madu atau gula dengan beberapa titik minyak zaitun. Oleskan campuran minyak zaitun tadi pada bibir. Tunggu beberapa minit dan bilas sehingga bersih.

Kunyit

Kunyit

Kunyit juga boleh memerahkan bibir yang kusam secara semulajadi.

Campurkan serbuk kunyit dengan satu senduk susu dan gaul. Setelah itu oleskan rata campuran tersebut pada bibir selama lima minit dan bilas dengan air.

Daun ketumbar

Daun ketumbar

Hiris halus daun ketumbar dan campurkan dengan sedikit air yang cukup. Oles lembut pada bibir dan biarkannya selama 20 minit. Setelah itu bersihkannya dengan air suam.

BACA: Cantikkan Bibir Yang Gelap: 12 Petua Mudah

Air mawar

Air mawar

Air mawar boleh memberikan bibir kemerah-merahan secara semulajadi. Usapkan air mawar pada bibir pada waktu malam sebelum tidur dan amalkannya setiap hari.

Madu

Madu

Sapukan rata madu ke atas bibir dengan lembut dan biarkan ia selama 15 minit. Kemudian, cuci dengan air suam. Lakukannya setiap hari sebagai rutin harian kerana ia mampu memerahkan kembali bibir.

Hindar kebiasaan menjilat bibir

Jangan jikat bibir

Elakkan dari terbiasa menjilat bibir kerana sebenarnya ia lebih cepat membuatkan bibir kering dan kelihatan pucat. Sekaligus merah bibir akan memudar.

Jauhi kafein dan rokok

Tiada lagi istilah kopi

Sebolehnya kurangkan mengambil minuman yang berkafein seperti kopi serta cuba untuk berhenti merokok. Ini kerana kedua-dua pengambilan ini boleh menyebabkan bibir mudah gelap.

Jangan lupa praktikkan tips mudah ini setiap hari. Insyaallah kita akan lihat hasil yang memuaskan jika dipraktikkan setiap hari.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.





0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.