Cara Ekstrem Hilangkan Whitehead & Blackhead: Elak Muka Berpasir-pasir

Sebelum ini, Yana ada kongsikan cara paling mudah nak hilangkan whitehead dan blackhead ini. Jika cara mudah ini tidak berkesan buat anda, apa kata kita cuba cara ekstrem pula untuk hilangkan whitehead dan blackhead ini supaya muka kita tak berpasir-pasir macam jalan tar depan rumah. Hehe.




1. Susu & Gula
Tuam terlebih dahulu muka kita ini antara 1-2 minit. Kemudian, ambil 1 sudu gula dan susu. Gosokkan di kawasan muka yang ada whitehead dan blackhead. Lebihkan gosokan di bahagian hidung. Lakukan setiap hari.

Madu untuk hilangkan whitehead dan blackhead

2. Gula, Madu & Jus Lemon
Campurkan gula, madu dan jus lemon. Sapukan adunan tersebut pada muka. Biarkan kering selama 10 minit dan cuci muka dengan air suam. Jus lemon boleh mencerahkan kulit dan gula pula bertindak sebagai agen pengelupasan. Whitehead dan blackhead pun hilang. Muka pun cerah berseri.

3. Telur Putih & Madu
Pukul telur putih bersama 1 sudu madu. Kemudian, sapukan pada muka. Biarkan selama 30 minit.

Kentang untuk hilangkan whitehead dan blackhead

4. Kentang
Parut sebiji kentang mentah dan gosokkan ke seluruh muka terutama kawasan hidung dan dagu selama 10 minit. Biarkan parutan itu kering pada wajah seketika dan cuci muka dengan air suam.

BACA: Cara Berkesan Buang Whitehead & Blackhead Supaya Suami Tak Berkelip Memandang

5. Yogurt & Jus Lemon
Ambil 2 sudu yogurt dan 2 sudu jus lemon. Sapukan campuran tersebut ke seluruh wajah.

Daun ketumbar untuk hilangkan whitehead dan blackhead

6. Daun Ketumbar & Serbuk Kunyit
Tumbuk atau kisar daun ketumbar dan serbuk kunyit. Kemudian, sapukan pes tersebut ke seluruh muka.
Baking soda untuk hilangkan whitehead dan blackhead

7. Serbuk Penaik
Bancuh sedikit serbuk penaik dengan air suam. Kemudian, sapu campuran tersebut ke muka. Biarkan selama 25 minit  dan cuci dengan air suam.

8. Tuam Muka dengan Tuala Basah
Rendam tuala tangan dalam air suam. Kemudian, tuam kawasan whitehead dan blackhead selama 15 minit. Insyaallah kelembapan daripada tuala boleh menghilangkan whitehead dan blackhead.

9. Badam Hancur & Tepung
Campur badam hancur dan tepung untuk hasilkan skrub. Kemudian, sapu skrub ke bahagian yang banyak whitehead dan blackhead iaitu kawasan hidung.

Berus gigi untuk hilangkan whitehead dan blackhead

10. Berus gigi
Berus gigi? Seram tak nak tonyoh muka dengan berus gigi? Pastikan guna berus gigi bulu lembut supaya tak rosakkan tekstur kulit. Tuangkan sdikit jus limau dan minyak jojoba di atas jus limau dan kemudian gosok bahagian hidung perlahan-lahan.

11. Kertas pasir
Ada yang nak guna kertas pasir? Aish, jangan, nantikan berteriak kesakitan pula.

Selain itu, nak cara paling senang dan berkesan untuk hilangkan whitehead dan blackhead. Yana perkenalkan Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover. Jangan ingat Makeup Remover ini untuk orang yang bersolek sahaja tau.



Tu lah kan, kita selalu fikir yang pakai makeup sahaja kena guna Makeup Remover ini, tapi kita tak sedar kulit muka kita sentiasa terdedah kepada bermacam kotoran tak kira sama ada melalui udara, air, produk kosmetik mahupun sentuhan.

BACA: Masker ESP & Vitamin E : Whitehead & Blackhead Hilang

Kotoran kat muka inilah yang membentuk whitehead dan lama-lama boleh mengakibatkan blackhead dan seterusnya membentuk jerawat yang degil serta parut yang hodoh. Eeeeeee, seramkan?

Jadi, selain pencuci muka, sebaiknya, memang kena gunakan juga makeup remover untuk membersihkan kotoran ini sekalipun kita tak pakai makeup. Kalau kotoran ini dah menyumbat ke dalam pori-pori tanpa dibasuh, alamatnya senanglah nak naik jerawat dan seterusnya ada parut yang hodoh. Mesti kita tak nak benda ini jadi kat muka kita kan?

Mungkin anda akan kata,

"Saya dah cuci muka akak, dah bersih dah, kenapa nak kena guna Makeup Remover lagi. Lagipun, saya tak makeup pun."

Ya, betul, pencuci muka membersihkan kulit muka kita tapi hanya di permukaan sahaja tau. Tapi, Makeup Remover ini boleh hilangkan kotoran ke dalam liang pori kita.

Kotoran yang kat dalam liang pori inilah yang kita nak buang sebelum parah menjadi whitehead, blackhead, jerawat serta parut yang hodoh.

BACA: Cara Mudah Hilangkan Whitehead & Blackhead: 100% Berkesan


3 comments.. read them below or add one

Ibu Zarith Ibu Zarith 23 Mei 2015 2:57 PTG
Alamak Zarith memang suka picit white heads..huhu...kena try jugak la cara di atas. Thanks share =)
Unknown Unknown 31 Disember 2015 1:26 PTG
Dah try? Jadi tak? Nak cuba huhu
Nur Farhana Syahfiq Nur Farhana Syahfiq 6 Februari 2016 11:34 PG
akhirnya ;(( ada pun petua ceni. nak try ! x-)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.