Google Adsense kini hadir dengan sokongan Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan hai. 

Berita gembira untuk semua penyedia kandungan atas talian termasuk blogger, vlogger dan sesiapa sahaja yang mempunyai laman berbahasa Melayu, kini Google telahpun secara rasminya menyokong Bahasa Melayu untuk digunakan didalam medium pengiklanan mereka yang tersohor iaitu Google Adsense. 

Berita gembira itu diumumkan menerusi blog rasmi Adsense pada Khamis, 2 April 2015. Kenyataan itu turut menyebut bahawa Bahasa Melayu adalah antara bahasa yang paling pesat membangun (yang digunakan) di Internet. Menurut data yang diperolehi menerusi World Bank, kadar penembusan jalur lebar pada 2013 di Malaysia adalah pada 66.97% dan kedua tertinggi di rantau ini dan hanya ketinggalan di belakang Singapura. Ini merupakan peningkatan yang sangat ketara dengan data menunjukkan pada tahun 2000, kadar penembusan internet di Malaysia hanyalah sekitar 21.38%.




Jadi tidak hairanlah dengan peningkatan kadar penembusan internet ini, Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaannya menarik minat Google untuk menawarkan produk Google Adsense di dalam Bahasa Melayu (malay). Pada 2014, Google telah membuka sokongan kepada pengiklan (publisher) untuk menggunakan Google AdWords.

Sememangnya ini adalah pengumuman yang sangat dinantikan oleh pengguna Google di Malaysia kerana Adsense menyediakan platform pengiklanan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan. Sebelum ini ramai blogger yang mengeluh kerana sukar sekali ingin mendapatkan akaun Google Adsense kerana perlu menggunakan Bahasa Inggeris untuk membolehkan permohonan mereka diterima. 

Nah, tunggu apa lagi? Jom Apply ramai-ramai.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.