Muka Rasa Berpasir Macam Jalan Tar: Apa Nak Buat?

Antara benda yang paling malas nak buat ialah jaga muka. Kalau tak keluar ke mana-mana, dibiarkan je muka tu tak dicuci.



Lama kelamaan rasalah kulit muka ni berpasir macam jalan tar kat depan rumah. Hehe. Bila pegang hidung, pegang muka, aish geram dibuatnya. Berpasir semacam aje. Geram rasa nak tonyoh. Bila tengok cermin, liang roma kat hidung membesar dengan jayanya.
So, solutionnya senang sahaja. Ini Yana kongsikan 4 Tips Mudah Rawat Muka Berpasir. 

🌷 Tomato & air
1. Ambil tomato & rendam dalam air.
2. Tonyoh kat muka sampai air tomato kering.

🌷 Tomato & gula
1. Potong tomato & ambil 1 sudu gula.
2. Pedap-pedap tomato yang potong tadi dengan gula & sapu kat muka.
3. Buarkan 10minit & bilas.

🌷 Masker putih telur
1. Ambil putih telur & pukul dengan garfu sampai berbuih.
2. Ambil buih tu & lekat kat tisu.
3. Kemudian, tempek kat muka.
4. Biarkan 20-30 minit & tarik tisu perlahan-lahan biar kotoran kat muka tu betul-betul melekat kat tisu.
5. Kemudian, bilas.

🌷 Alfalfa & air
1. Ambil 3 biji alfalfa & hancurkan (boleh tumbuk/ketuk bagi hancur).
2. Bancuh dengan sedikit air. Jangan terlalu cair & terlalu pekat.
3. Sapukan masker pada wajah (pastikan muka dicuci terlebih dahulu).
4. Biarkan sedikit kering & kemudian bolehlah urut lembut wajah, ala-ala scrub muka.
5. Akhir sekali, bilas wajah anda dengan air bersih.

Tadaaaa. Senang je kan 4 Tips Mudah  Rawat Muka Berpasir. Selepas dah cuba tips ni rajin-rajinkan lah pakai toner untuk mengecilkan liang pori.

Khas untuk yang ada masalah jerawat, ini video macam mana Kak Jan dari Terengganu ni buat seteleh 7 tahun menderita jerawat.



0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.