Rambut Gugur Teruk Sampai Nak Botak: 9 Tips Mudah Penjagaan Rambut Bertudung

Masalah yang merimaskan ialah rambut gugur teruk sampai nak botak. Bertudung bukan bermakna boleh biarkan rambut kita begitu sahaja tanpa penjagaan yang rapi dan sempurna. Sebab adakalanya kita berhadapan dengan mahram tanpa mengenakan tudung.. Pasti mahram kita tak selesa jika rambut kita kusut masai dan tak terurus. Terutama yang telah bersuami.

Selain dari kusut masai dan tak terurus, rambut juga akan gugur dengan teruknya,

Jangan sampai setiap masa suami terkejut tengok rambut kita bila buka tudung dan tengok rambut kita lebih susut dari rambut suami.

Berikut saya kongsikan 9 tips penjagaan rambut untuk wanita bertudung agar masalah rambut gugur dapat diatasi.

1) Basuh Rambut Secara Teratur

Elakkan dari basuh rambut dengan kerap. Memadai dengan membasuh rambut setiap dua hari sekali. Langkah terbaik, pilih syampu yang mempunyai rumusan penjagaan rambut yang semula jadi. Aplikasikan juga pelembap rambut selepas selesai bersyampu.

2) Jangan Pakai Tudung Ketika Rambut Basah!

Ini satu kesalah besar. Elakkan daripada mengenakan tudung ketika rambut masih dalam keadaan basah atau lembap. Ia boleh menyebabkan rambut kamu berbau dan kering. Jika perlu, gunakan sahaja pengering rambut dalam suhu yang rendah untuk mengeringkan rambut dengan lebih cepat.

3) Elak Pakai Tudung Gelap

Sama seperti baju yang kamu pakai, tudung yang berwarna gelap juga berpotensi untuk menyerap haba yang lebih besar. Jadi, elakkan daripada mengenakan tudung yang berwarna gelap kerana haba yang diserap juga boleh memberi efek yang tidak pada terhadap rambut.

4) Pilih Fabrik Tudung

Kalau boleh, gunakan tudung daripada fabrik yang lembut kerana ia boleh menyegarkan rambut kamu. Pada masa sama, rajin-rajinkan diri untuk bertukar tudung bagi mengelakkan pembiakan bakteria dan bau yang kurang menyenangkan pada rambut.

5) Tudung Praktikal

Pakailah tudung yang praktikal dan usah pakai tudung yang terlalu ketat atau sarat dengan aksesori manik kecuali jika perlu menghadiri majlis makan malam bertema.

6) Rehatkan Rambut

Sama seperti badan, rambut juga perlukan rehat yang secukupnya. Rambut juga perlukan nafas untuk pengaliran darah yang baik pada kepala. Secara tidak langsung, ia juga akan membuatkan rambut kamu kekal sihat.

7) Makanan Sihat

Pilih dan banyakkan pengambilan makanan yang mempunyai rendah lemak dan kaya dengan protein, vitamin B-6, B-12, dan C, serta zat besi kerana khasiat tersebut mampu menutrisi rambut dengan semula jadi. Kacang-kacangan, bayam, pisang, juga dapat menguatkan akar rambut.

8) Rajin Sisir

Pada masa sama, rajinkan diri untuk menyisir rambut kamu empat kali sehari. Tetapi ingat, jangan sisir rambut dengan terlalu kasar kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur atau putus. Memadai dengan sisir secara lembut. Pakai jari pun boleh!

9) Potong Rambut

Bagi yang bertudung, kamu digalakkan untuk memotong rambut lebih pendek kerana memudahkan proses penjagaannya. Selain memudahkan penjagaan, cara ini juga boleh mengurangkan masalah rambut gugur.


Nak rambut cantik dan tak banyak masalah? Ikuti perkongsian daripada Puan Maria ini. Alhamdulillah, sangat berkesan. Walaupun bertudung, masalah rambut gugur yang merimaskan tiada lagi.
Rambut Gugur Teruk Sampai Nak Botak: 9 Tips Mudah Penjagaan Rambut Bertudung

4 comments.. read them below or add one

Amie Amie 24 April 2015 8:02 PTG
Rambut gugur memang menyusahkan hati... tq for sharing yea...

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.