Risau Kena Buang Kerja? : 6 Cara Elak Mengantuk Di Pejabat

Setiap kali kita bangun pagi, ada tak rasa mengantuk je? Nak pergi kerja pun kena tahan mata? Bertambah risau takut kena buang kerja? Kali ini saya akan kongsikan 6 cara mudah dan senang untuk elak mengantuk di pejabat. Untung-untung bos bertambah sayang.

Bukan apa, bila kita tidak mengantuk di pejabat, segala tugasan kita akan berjalan lancar. Bukan ke itu menyenangkan diri kita juga.

Tak nak macam ini dah kat pejabat!

Berikut saya kongsikan 6 cara elak mengantuk di pejabat. Mudah-mudahan dengan cara ini kita dapat naik pangkat kan? Hehe

1. Jangan Tinggal Sarapan

Sarapan merupakan sumber penting yang memberi tenaga kepada kita untuk bergerak seharian. Selepas sarapan diri akan terasa lebih segar dan bersemangat untuk kerja seterusnya mengikis rasa mengantuk akibat lapar.

Jika tidak sempat bersarapan, pilihlah hidangan sarapan yang mudah dan ringkas seperti cereal bersama susu. Atau pun untuk lebih mudah lagi, bancuh ESP dan kita akan rasa kenyang yang lebih lama. Untuk yang nak diet, sesuai amalkan pengambilan ESP sebagai sarapan.

2. Buat Rengangan Badan

Bangun sebentar dari tempat duduk dan lakukan pergerakan kecil atau senaman rengangan badan. Jika mahu, jalan di sekitar pejabat untuk kembalikan kesegaran.

3. Kunyah/Makan

Ambil makanan ringan seperti kuih-muih atau biskut untuk dijadikan snack kerana kunyahan merupakan cara paling efektif untuk menghilangkan rasa ngantuk. Buat persediaan awal dengan menyimpan bekalan di pejabat atau beli di waktu makan tengah hari.

4. Sembang Dengan Rakan Sekerja

Berboraklah dengan rakan sekerja jika berpeluang. Ianya dapat menghilangkan rasa bosan seterusnya memberi serta menaikkan semangat ketika bekerja.

5. Tidur Cukup Pada Waktu Malam

Mungkin salah satu faktor rasa mengantuk di pejabat adalah kerana tidur yang tidak mencukupi pada malam sebelumnya. Disiplinkan diri dengan tidur awal dan rasa sendiri perbezaan pada keesokan harinya.

6. Motivasi Diri

Sentiasa rangsang diri dengan kata-kata semangat yang boleh memberi dorongan untuk bekerja dengan lebih bertenaga lagi.


Selain itu, ikuti perkongsian Puan Maria amalkan untuk kekal fokus dan tidak mengantuk ketika bekerja. Sebelum ini, setiap pagi, Puan Maria amalkan pengambilan caffein tapi caffein kan tak bagus untuk wanita hamil dan kesihatan tulang.

Kemudian, ada kawan cadangkan minum Cinch Tea Shaklee dan Puan Maria cuba minumnya sebelum buat kerja. Alhamdulillah, best sangat! Puan Maria boleh buat kerja tanpa rasa mengantuk dan still focus!

Sekarang ini, Puan Maria tidak perlukan lagi caffein dalam hidupnya.


4 comments.. read them below or add one

Eellee Nana Eellee Nana 17 April 2015 10:37 PG
Yup sis, kena kuar layan rasa mengantuk tu
Suriya Majid Suriya Majid 19 April 2015 11:43 PTG
paling best lawan dengan cinch tea. mata dah nak tertutup pun boleh membuntang.
Eellee Nana Eellee Nana 21 April 2015 11:17 PTG
Yup betul2, nak buat kerja pun rasa cergas dengan mata membuntang

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.